Muzium, Tempat Belajar Mengenai Sejarah. Foto: Lensahasrul
As-Salam.
Jauh perjalanan luas pandangan, maka banyaklah pengalaman. Banyak berusaha, banyak berdikari maka makin tahu susah payah, itu juga adalah asam masin pengalaman.

Hargai pengalaman dengan sebaiknya dengan kongsikan pengalaman itu kepada orang lain. Apa jua, tak kiralah kisah bercinta ke, kisah beranak ke, kisah kena tipu ke, kisah dapat naik pangkat ke ...kerana setiap satu itu dijadikan bertujuan, bukan setakat untuk empunya diri tetapi juga untuk mereka yang lain supaya dijadikan panduan dan iktibar.



Bukan cerita manis dan gembira je yang boleh dikongsikan, malah anda boleh berkongsi tentang suka duka, kerana adakala pahit itulah penawar untuk sesuatu. Jika tiada pahit, mana nak merasai manis.

Jangan lokek dengan pengalaman anda. Jika anda berjaya, beritahu bagaimana anda boleh berjaya. Jika anda tersungkur, jangan pula disimpan ....ohhh bukan menyuruh membuka pekung di dada tetapi ada orang lain yang akan membuat kesilapan yang sama. Kalau tidak diceritakan apa yang anda telah lalui, maka .... tiada siapa yang akan boleh tahu sebab dan akibat.

Agama sendiri telah menyuratkan segala pengalaman mereka yang berjaya dan tewas dalam kitab. Al Quran menjadi sumber rujukan catitan lampau, mengenai sebab dan akibat. Agama menobatkan cirian sejarah dan mengabadikan ia dalam catatan masa dalam bentuk khazanah berharga.

Adakah kita terlalu bongkak sehinggakan apa jua kejayaan ... tidak mahu dikongsi?

Adakah kita terlalu malu, sehinggakan kita ingin orang lain merasa malu yang sama?

Jadi, hargai pengalaman anda dengan menceritakan kepada yang lain.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ok,,,sangat best kalau di igtkan kembali... :')

    BalasPadam
  2. pengalaman yang manis dapat membuatkan kita tersenyum,
    pengalaman pahit dapat menjadikan kita seorang insam yang lebih berhati-hati


    MENARIK DI genkcorner.blogspot
    JOM BACA

    1.SAFIQ RAHIM COUPLE YANA SAMSUDIN
    2.AMBULANS JATUH DARI LANGIT!!!

    ANDA BLOGGER BAIK??KLIK SINI

    BalasPadam
  3. Betul tu kerana setiap pengalaman yg kita lalui semuanya berbeza dan ada pahit manisnya...

    BalasPadam
  4. daripada pengalaman orang lain kita boleh belajar dari nya

    BalasPadam
  5. pernah satu ketika saya jatuh terduduk kerana cinta... masa tu... air mata saja yang menemani saya. seorang bos yang saya anggap kakak, datang menasihati saya...dia kata... jangan nangis lagi.. sebab satu hari nanti u pasti akan bersyukur. dan pada masa itu, kalau ada kesempatan .. hubungilah ex boyfriend u dan bagitau dia.. Thanks a lot for the experience. dan bos saya benar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement