As-Salam.
Setiap dari kita terutama blogger ada berbagai cara untuk menulis blog, samada menulis dari kisah pengalaman sendiri, kisah seharian, mengambil artikel dari majalah atau sumber lain mahupun sekadar mengulas apa yang berlaku di sekeliling kita.

Ada yang menulis dengan besertakan gambar dan beberapa fakta, ada pula yang menulis dengan cara sangat santai, dengan bahasa yang dirasakan selesa untuk dirinya meluahkan apa yang difikirkan perlu.

Panduan Menulis Blog - Hargai Penulisan Dan Idea Orang Lain

Tetapi apa yang ingin saya tekankan ialah apabila menulis berdasarkan sumber, tidak kiralah ianya merupakan sumber bergambar, sumber fakta, mahupun sumber sesebuah pendapat. Perkara penting dalam menulis entri di blog dengan sumber-sumber begini ialah pastikan anda memberikan kredit atau backlink yang sewajarnya. Hatta, anda 'menghiasi' entri anda dengan gambar yang bukan milik anda - berikan link sumber atau paling baik meminta kebenaran terus dari pemilik.


Konsepnya sama apabila anda menulis artikel di majalah, atau menulis sebuah thesis atau membuat buku skrap sekalipun, ia menunjukkan bahawa anda menghargai hasil kerja orang lain. Saya pasti, hasil kerja yang 'dikongsi' kan itu akan mendapat manfaat buat kedua belah pihak.

Dan buat mereka yang sentiasa kreatif dengan idea, jangan lokek untuk sama-sama berkongsi, sama-sama mendapat kebaikan dan manfaat. Lagipun, ia merupakan ilham dari Tuhan, yang kita pinjam untuk disebarkan.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih....kalau gambr dari google mcm mane?xtau asal usul gambr sebenar...

    BalasPadam
  2. support each other.. puji mana yg bagus... tegur mana yang kurang... tu pun salah satu petua berblog... cayalah! blog yg bagus...

    BalasPadam
  3. =]
    sy menulis diari kehidupan sy
    hehehehee

    BalasPadam
  4. Kalau post saya berkisar agama. Saya rujukkan kepada yang pakar..

    :)

    BalasPadam
  5. kiranya bukan stakat kita ambik teks dr org lain, tp gmbr2 n video berkaitan pun mcm tu. kene bg jugak kredit kpd penyumbang idea tu.

    skrg ni saya pun dah formatkan artikel2 di blog saya dgn letakkan bhgn kredit dulu. semua artikel ada 'kredit kepada' dan gambar ihsan ' di bhgn atasnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement