As-Salam.
Enjin carian kadangkala agak cerewet sikit apabila mahu mengindex laman web dan blog, walaupun isi kandungan kaya dengan maklumat dan info, bukan semua akan diambil untuk menjadi kata kunci apabila digelintar oleh robot enjin carian.

Untuk mendapat trafik organik menerusi enjin carian, apa yang perlu dilakukan adalah memastikan kata kunci entri kita berada di tempat yang sepatutnya. Apa dia kata kunci?

Kata kunci adalah ayat atau perkataan yang akan diindeks oleh enjin carian, dan mengumpulkannya dalam satu pengkalan data carian. Ia akan mengumpulkan mana-mana laman web yang punyai kata kunci ini dalam satu kategori yang sama.



Kata kunci perlu ada di tajuk entri, tempat paling penting untuk gelintaran, dan kemudian dia akan robot enjin carian akan melihat perenggan pertama dalam entri tersebut, untuk melihat samada ayat atau perkataan kata kunci tu ada. Jika ada, keutamaan akan diberikan.

Apabila semakin banyak laman web dan blog punyai kata kunci yang sama, robot gelintaran akan melihat pada bahagian isi utama, dan akhirnya di penghujung entri atau kesimpulan. Ia akan mencari kata kunci yang sama, ini pada algorithm robot tersebut, kandungan yang tepat dengan kata kunci mesti mempunyai kata kunci di awal, tengah dan akhir sesuatu posting atau entri.

Semoga dengan panduan ini membolehkan blog anda digelintar dengan baik dan berikan kedudukan yang baik dalam enjin carian.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oo.. begitu kekdahnya.. 1 more tips yg leez penah baca, katanya.. kalau buleh jgn gunakan shortform macam kita type mesej tuh. cth: 'tak nak' jadik 'xnak' sebab tu pun buleh sbbkan search enjin ssh nak discover blog kita sbb normally org akan googling m'gunakan full spelling.

    BalasPadam
  2. pernah bace dulu tips mcam ni.. tajuk ngan perenggan 1st mesti ade ayat yg same ... contoh mcm ni > cube search google "benda tak patut bawa ke ipt" mesti ade .. haha

    BalasPadam
  3. yeah...1 tips seo lg ni..hehe

    *HH, sy dh tkr blog URL,nk minta HH luangkan sikit masa utk folo smula di www.munnafendy.com thanks HH =)

    BalasPadam
  4. Assalamaualaikum

    Menarik

    Banyak blogger 'copy paste' entry je

    :P

    BalasPadam
  5. pening bace .. tak faham ape yg uncle sampaikan

    BalasPadam
  6. hhmmm... nmpknya ayat mcm kene susun balik la setiap kali nk tulis entri. pening sikit tp nk try tgk jugak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement