As-Salam.
Selama hidup, kita akan merasai pelbagai perkara dan kejadian. Ada pahit, manis, masam dan masin. Ada juga payau dan kelat. Semuanya itu merupakan rencah rasa menjadi manusia, menjalani hidup di muka bumi yang sudah uzur usianya.

Ada yang hidup penuh rasa hina, ada pula hidup dalam kemewahan, ada pula hidup dalam serba kekurangan. Ada antara kita hidup dalam rasa penuh bangga, ada yang tenggelam dengan dunia glamour, malah ada juga yang hidup dalam zuhud dan serba sederhana. Mereka mencorakkan kehidupan yang ada, ada ketika ia saling kait walaupun tidak secara direct.

Anda dan saya, serupa tetapi tak sama. Perjalanan hidup kita berbeza. Ada yang kena duri semalu, ada pula tercucuk duri mawar merah. Ada yang pernah terpijak tahi lembu, ada pula yang tak perlu menyentuh kerbau.

Lain padang, lain belalang; lain tempat lain ragam. Ada cara di sana boleh dibuat di sini, ada pula tak boleh dan kena diketepi. Mungkin tajuknya sama, tetapi jalan ceritanya berbeza.

Jadikan pengalaman itu pengajaran buat semua.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ^____________^
    sebb tu seronok nk dgr cite org
    dpt juge menimba pengalamn dr sisa khdpan org

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement