As-Salam.
Bukan semua orang akan mendapat peluang untuk memilih. Ada yang tak pernah dapat peluang, malah terpaksa meneruskan dengan apa yang ada di depan mata. Tak boleh tidak. Syukur kepada Tuhan, kerana masih ramai di antara kita diberikan kesempatan untuk memilih.
Ini bukan soal pilihanraya, ini bukan soal jodoh, malah lebih dari itu. Selalunya apabila kita berdepan dengan sesuatu perkara terutama masalah, kita langsung tidak memberikan kesempatan untuk diri kita memilih, sedangkan pilihan itu ada disediakan.
Kita suka mengambil jalan mudah, jalan pintas dan cepat; bukan memilih jalan yang terbaik dan yang sesuai. Dan apabila kita tersilap, kita sering mengatakan bahawa kita tiada pilihan lain. Hmmm .... manusia oh manusia ... memang sukar nak mengaku salah dan silap sendiri.
Pilihan boleh dicari, dan sebagai tuan punya nasib badan, kita diberikan akal untuk mencipta peluang dan pilihan. Usaha, gunakan akal dan pemikiran, insyaAllah ada pilihan yang boleh kita usahakan.
Jangan sampai bila tiba masa untuk memilih, kita tidak tahu memilih. Itu dah kes berat. Yelah, apabila tiada pilihan, kita merungut bahawa tiada yang lain, tetapi bila dah ada banyak untuk dipilih ... kita jadi diam kaku, membatu dan jadi dungu.
pilihan di tangan kita
ReplyDeletekembali kepada agama atau terus hanyut dengan dosa..
kesian melihat anak2 remaja seperti Naim masih hanyut..
sedih2
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.