As-Salam.
Saya nak kongsikan satu surat ni .... ditulis selepas empunya diri baru putus cinta dengan beberapa gadis idamannya. Tapi sebelum tu, peringatan ehh .... nama-nama yang tertera dalam surat ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Ia hanyalah untuk meriangkan hati duka buat mereka yang baru sahaja putus cinta .... hehehehee....

Sepucuk Surat Putus Cinta


Assalamualaikum..
Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal tok aku bagi aku nama tue... maybe hari isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau, seperti yg kau lihat dan sememangnya tidak dinafikan lagi, aku dilahirkan sehensem-hensem umat. Kerana itulah jugak, berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang.... siap ada listing lagik...

Tapi ada satu bende yang sedih, setiap kali awak yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku, aku pun tak tau apsal.


Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong Simpang, Taiping, Perak. Dia nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku, bahawa dia le awek aku yg paling last. Muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo Intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu..sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak, setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping, Intan akan bersungut dan bersesunggut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris. Macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto..rambut berserabut lar..muka cair lar... kain terselak lar..malu nanti orang tengok lar..tak buleh nak seksi lar...

But aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa intan... ..intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku shah... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... .jauh lagi besar dari kete mesedis... .

Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan. Intan terus menghaibkan diri. Aku dah agak dah mesti terjadi punyer.

Cuma je satu yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku... .jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti... ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..


Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kerja mulia tu...menginsafkan...tapi...cam tak insaf plak isnin bin selasa ni...bercinta bawa awek naik motor lak tu...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. hahahhaa....tak baik tau, itu pun kereta gak

    ReplyDelete
  3. hahah. sangat cool lah cerita ni .

    ReplyDelete
  4. lawak ada, sengal ada, seram sejuk pun ada.... hehehehehe :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement