As-Salam.
UHh heboh betul, itu yang saya dengar di sesetengah pejabat kerajaan di Putrajaya, walaupun saya duduk di ceruk rantau ini. Kesahihan mungkin boleh ditanda-tanya. Namun, sukacita saya nak membangkitkan isu ini kerana dalam manis itu ada kelatnya.

Ya, syukur kepada Allah Taala, kerana dengan izinNya, ramai kakitangan kerajaan gembira dengan Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Antara yang paling menarik adalah kenaikan gaji 7-13 peratus dalam struktur kenaikan yang baru. Dan dianggarkan kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred bagi mereka yang menepati syarat yang telah ditetapkan. Kenaikan gaji ini, difahamkan diselaraskan dengan kenaikan had persaraan kepada 60 tahun. Jadi, jika mahukan tangga kenaikan baru, anda sebagai kakitangan awam kerajaan mesti sanggup menandatangani kontrak kerja sehingga 60 tahun seperti yang telah dicadangkan.

Ya, bagus had persaraan ini dinaikan seandainya masih kuat bekerja dan banyak pengalaman dan idea yang boleh disumbangkan, namun menjadi persoalannya ... sejauh mana ia terbukti benar? 

Bukan semua kakitangan kerajaan sanggup bekerja sehingga lewat umur. Pada ketika itu, masa yang ada - umur, dipatutkan untuk bersama keluarga, cucu dan cicit. Dan bagi kebanyakkan orang, inilah masa untuk menilai diri kembali dan bersedia untuk menghadapi ujian Tuhan yang terakhir - kematian.

Nak bekerja memang tidak salah. Tetapi fikir balik, selama kita menyara keluarga siang malam selama puluhan tahun, tidakkah terfikir bahawa masa bersama keluarga sudah kurang? Kerana asyik memikirkan soal kerja, keluarga dirasakan terasing. Harap apa yang telah diputuskan ini boleh dilihat semula nanti.

Dan bagi mereka yang punyai pilihan untuk memilih, anda berhak berbuat demikian. Mana yang anda mahukan, gaji semaksimum mungkin dengan bekerja sehingga lewat usia atau ingin merasai masa bersama keluarga di saat-saat diri sudah boleh menimang cucu dan cicit.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bkn perihal gaji ni je ada syarat.
    perihal lelain pun yg dibentangkan kat bajet retu ada syarat2 lain.
    Huhu.

    Tgh2 pikir gak ni, sblm menurunkan tandatangan pada memana option. Huhu :D

    BalasPadam
  2. ada kawan cakap,, sign jep dulu... umo nak masuk 50++ nanti,, p kat spital wat check up... mnta sokongan kat doktor bahawa x blh keje lgi atas faktor kesihatan... huhuhu...

    BalasPadam
  3. @mOoN Tapi agak sukar untuk melepasi medical board ... silap2 kena bayar gantirugi lak nanti.

    BalasPadam
  4. @HasrulHassan [HH]

    tu la pasal HH... huhuhu... skang ni kena hati2 gak nak sign mana2 option...

    BalasPadam
  5. huhuhu...orang sering berkata orang yg keje gomen ni bertuah ada kenaikan gaji tapi diorang tak tau kami ni kena paksa rela...huhu..dok pk2 gak nih larat lagi ke badan ni nak keje sampai 60..huhu...kena buat pilihan wang atau ketenangan...:)

    BalasPadam
  6. kitorg ni memang kena paksa rela....

    BalasPadam
  7. tak sanggup nyer nak keja sampai umo 60...

    BalasPadam
  8. Kita tunggu dan lihat.Kalau betul nak kena pencen 60 thn, baik sis blogging je kat umah sambil beramal ibadat. :D

    BalasPadam
  9. berkenaan pencen umur 60 tahun tu ialah bersara wajib. bersara option still kekal mcm biasa ;)

    BalasPadam
  10. Kira sendiri gaji baru anda pada 1 Januari 2012; http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/12/pengiraan-gaji-baru-1-januari-2012.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement