As-Salam.
Buat blogger yang baru berjinak dalam dunia blogging, sebenarnya banyak perkara yang mereka teringin tahu, tetapi tak dapat mencari sumber siapakah, blog manakah nak dirujuk. Jadi, saya telah memberikan peluang buat blogger-blogger lain untuk ajukan 3 soalan kepada saya mengenai blog saya dan dunia blogging secara amnya.

Saya dah jawab enam soalan dari blogger ... KLIK SINI .... dan KLIK SINI. Anda boleh baca soalan yang diberikan dan jawapan saya kepada setiap persoalan tersebut. Anda digalakkan untuk berkongsi dengan orang lain, samada menggunakan platform FB yang disediakan di akhir entri, mahupun menerusi Twitter dan Google+ di sisi blog ini.

Dan untuk kali ini, saya akan menjawab 3 lagi soalan. Kali ini dari blogger C'Ayob:

Soalan 1: Berapa banyak anda dapat duit dari blog dalam masa sebulan?
Soalan 2: Kenapa tak apply innity?
Soalan 3: Adakah awak setuju, semakin lama di dunia blog semakin kita popular dalam masa yang sama kita konsisten...?

Jawapan Saya Kepada 3 Soalan Blogger C'Ayob

Jawapan 1: Saya tak memperoleh banyak pendapatan dari blog ini. Saya belum pernah lagi cashout iklan Nuffnang, kerana ia masih belum cecah RM50 sejak pertama kali saya letakkan 2 tahun lepas. Pendapatan tertinggi saya menerusi blog adalah menerusi iklan direct dari pengiklan iaitu sebanyak RM100 buat sekali letak dalam masa 3 bulan. 

Jadi, saya tidak menjana apa-apa pendapatan hebat dari blog ini walaupun anda boleh nampak trafik yang tinggi (konon). 

Jawapan 2: Saya tidak layak untuk apply Innity yang memerlukan syarat2 yang ketat, dan blog ini belum lagi boleh menepati syarat2 yang ditetapkan oleh pihak Innity. Lagipun, saya masih terikat dengan syarat2 Nuffnang - supaya status Gliteratti saya tidak terhapus.

Jawapan 3: Saya dah lama dalam dunia blog, sejak dari 2007 lagi.... tetapi saya tak nampak saya popular. Yang buat popular ialah bagaimana blog kita ini dipromosikan oleh diri kita dan blogger lain. Semakin ramai blog yang promosikan blog anda, maka semakin popularlah sesuatu blog. 

Blog saya kurang dipromosikan sebab ia kurang menarik buat mereka. Atau mungkin mereka takut dengan penggunaan kata diri SAYA yang nampaknya macam formal. :)

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dari pemerhatian saya, sy boleh kelaskan blogger kpd beberapa bhgn. (eh cam bagus lak sy ni). ada yg blogging betul2 ikhlas nak share pendapat, ada yg blogging sbb nak glamer, ada yg blogging sbb nk duit. sy rasa semuanya x salah, terpulang kpd diri masing2 dan niat kita. sy suka baca blog ni, sbb sy suka gaya bahasa HH, dan byk input yg saya dpt. thnx for sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement