As-Salam.
Hari ini saya nak menjawab lagi 3 soalan dari blogger. Kali ini soalan-soalan tu datangnya dari blogger Umi's Cup Cake ... erkkk pembuat kek cawan ni. Sapa2 nak order leh la tanya empunya diri ehhh ...
Apakah soalan yang diberikan?
Soalan 1: Macam mana nak tarik orang untuk komen dalam blog kita?
Soalan 2: Boleh tak ajar nak buat sticky post? umi tak pandai la..
Soalan 3: Macam mana nak tau blog kita tu ok ke tak kalau tak ada orang komen apa2? Takut syok sendiri la
Ini pula adalah jawapan yang dapat saya berikan. Jawapan ini merupakan pendapat dan pengalaman peribadi ehh ... kalau tanya orang lain mungkin lain pula jawapannya.
Jawapan Dari Saya Mengenai 3 Soalan Dari Blogger
Jawapan 1: Sebenarnya bukan mudah untuk membuatkan orang komen, tetapi apa yang saya nampak ialah apabila kita buat entri yang agak kontroversi, yang sedang menjadi isu hangat, pasti akan ada orang yang komen. Namun, entri2 sebegini agak sukar untuk dibuat kerana ia boleh mengundang provokasi dan menyebabkan orang salah tafsir tentang apa yang cuba disampaikan.
Cara lain, adalah dengan menampilkan entri2 bersifat pertanyaan. Dan cara paling mujarab ialah dengan anjurkan contest, giveaway atau buat segmen mudah.
Jawapan 2: Ada dua cara untuk buat sticky post. Salah satu cara yang paling senang ialah dengan membuat entri dan redated atau tukar tarikh published entri tersebut dengan meletakkan future date, contohnya anda buat entri pada 9 November, anda dah publish, kemudian anda pergi balik edit entri tersebut, tekan post options dan tukar tarikh atau masa tersebut dengan tarikh atau masa terkedepan, contohnya untuk entri tadi, tukar ke 10 November. Ini akan membuatkan entri tersebut jadi entri pertama yang pembaca akan nampak sehingga tarikh berkenaan atau masa berkenaan.
Cara kedua ialah dengan buat satu widget, html .... anda copy balik entri yang telah anda publish tadi dalam widget tersebut. Atau anda boleh buat satu teaser ringkas dan link ke entri asal.
Jawapan 3: Kita perlu syok sendiri dengan blog kita .... kalau kita tak syok, macam mana orang lain nak jatuh syok juga .. hehehe... apapun, untuk mengetahui blog kita kita tu ok ke tak, adalah berdasarkan apa yang kita definasikan tentang maksud ok tu. Jika kita merasakan ada pertambahan follower tu ok, maka oklah ... jika kita merasakan bilangan komen itu menjadi tanda aras blog kita ok .. maka oklah.
Selalunya orang tidak akan tinggalkan komen apa-apa jika tiada apa yang mahu disuarakan. Maka, kalau blog anda itu trafiknya bertambah, follower bertambah, sentiasa ada pengunjung tetapi tiada komen, kira oklah tu .... atau mungkin aplikasi komen anda tidak berfungsi.... sila tengok balik blog anda dan cuba anda tinggalkan komen. Boleh ke tidak, mungkin orang tak komen sebab memang blog anda tak boleh nak tinggalkan komen.
Lagi satu, jika mahu orang komen, mudahkan cara untuk pengunjung tinggalkan komen. Jangan buat perkara renyah yang menyusahkan pengunjung untuk berikan komen.
Terima kasih banyak2 sebab sudi jawab dan beri tunjuk ajar,.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.