Innity tolak permohonan saya untuk gunakan platform pengiklanan mereka di blog. Alasan diberikan ialah kerana blog saya tidak layak dan tidak penuhi kriteria isi kandungan blog yang mereka telah tetapkan.

Blog tidak layak ... hoho buat masa ini, tetapi saya tidak mahu putus semangat. Masih banyak ruang dan peluang, dan saya yakin satu hari nanti saya akan penuhi misi saya untuk dapatkan akaun Publisher dari Innity. Saya akan perbetulkan mana yang perlu dan in Sha Allah, satu hari nanti saya pasti akan menulis entri berkaitan penerimaan Innity ini. Percayalah.
Blog Tidak Layak - Innity Tolak Permohonan Saya



Pasrah tetapi bukan menyerah. Dalam proses nak tukar platform pengiklanan di blog ini, nampaknya permohonan saya untuk join Innity tidak diluluskan. Ada yang beritahu, blog saya boleh lepas kelayakkan yang diminta, tetapi nampaknya tidak. Tiada rezeki menerusi blog ini bersama platform pengiklanan Innity buat masa ini.

Tentu anda nak tahu mengapa Innity tolak permohonan saya kan? Berikut adalah email penolakan dari pihak Innity:

Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to Inappropriate Content (no niche contents that compatible with the campaigns running in the network). Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.

We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.

If you need more information, please let us know.

Thank you for your understanding.

Sincerely,

The Innity Performance Network Team

Ada nada kecewa tak dari saya? Hmmm tidaklah kecewa sangat, sekurang-kurangnya saya tahu di mana kedudukan blog saya di mata pengiklan. Hmm dah la tak pernah merasa Buffered Earnings (BE) dengan Nuffnang .... huhuhuhu ... jadi benarlah, tak perlulah nak beriya sangat nak nikmati pendapatan dari blog ni jika blog tu belum cukup kuat.

Usaha perlu dibuat. Dan pastinya saya akan bekerja keras untuk itu. Tiada jalan mudah. Ianya hanya akan jadi mudah setelah kita berusaha untuk mendapatkannya. Ini misi saya, satu hari nanti .... satu hari nanti, saya akan buktikan bahawa blog saya layak untuk tempatkan platform iklan Innity ini di dalam blog yang ntah apa-apa ni.

Serius. Saya akan buktikan...biarpun ambil masa lama, saya janji akan buktikan!

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. SALAM,
    TAK APE LAH ! TERUSLAH BERBLOGGING

    BalasPadam
  2. inys Allah next time...maybe perlu bayangkan entri...untuk tmbah trafik.....sebab blog ini cerah masa depan nak dapat iklan tu..kan

    BalasPadam
  3. den pun belum cuba dan try lagi permohonan innit

    BalasPadam
  4. takpe lah broHH, perjuangan harus diteruskan, semoga menjadi titik penolak untuk lebih maju jaya dlm blogging.. :)

    BalasPadam
  5. jgn putus asa bro. insyaAllah rezki pada masa akn dtg mungkin...

    BalasPadam
  6. sama la ! saya pun baru ditolak entah kali ke berapa kalinya. Tak kisah sangat. Anggap tu sbg peringatan utk perbaiki apa yg patut dan kemudian apply lagi nanti. =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  7. cool je.. nanti ada la rezeki tu... jangan putus asa

    BalasPadam
  8. teruskan berblogging HH...jgn putus asa..nanti ada rezeki..ada la tu..:D

    BalasPadam
  9. sama lah kita. di tolak. sedih jugak pada mulanya. alhamdulillah pernah dapat BE. tapi sekarang tak lg. huhu.
    tunggu ada rezeki di lain hari. insyaAllah

    BalasPadam
  10. xpe bro.. maybe sikit lagi je tu.. teruskan usaha bro! :)

    BalasPadam
  11. artikel ni dah lama..cuba lah apply lg.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya berjaya juga ... pada november 2014 blog saya berjaya dapat akaun publisher Innity.

      Padam
  12. saba hh.. kena fikir dye yang rugi sebab tolak hh.. gittuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah berjaya Muja .. saya dah berjaya .. setelah lebih 3 tahun saya mencuba, saya tunaikan impian ini ... alhamdulillah. Baca entri ni - http://www.hasrulhassan.com/2014/12/kenapa-pilih-innity-untuk-platform.html

      Padam
  13. tahniah bro HH..finally u grab the chances kann.. tahniah jugak atas usaha yg tak berbelah bagi kat blog ni sampai berjaya juga akhirnya.. komited betul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement