As-Salam.
Ada jugak hati kering yang macam tu yer. Gamaknya kenapa la dok bisa dihatinya sampai diluahkan sesuatu yang tak sesedap mee maggie kari ditambah telur? Disalahkan orang yang mengajar ... walhal bukan semua orang tahu, bukan semua orang dah bijak pandai macam dirinya.

Nanti bila diri tenggelam dalam daif pengetahuan, yang ruginya sapa? Guru yang dok ajar ke? Weihh... orang beri ilmu dapat pahala tau, yang anda ... hasut orang jangan belajar itu dan ini ... kenapa pula ehh? Tak mahu orang jadi bijak macam anda kah?

Erkkk ... ini bukan kisah masyarakat kat luar tu (walaupun sebenarnya relevan juga) tetapi kisah sipi-sipi yang ada dalam dunia blog.


Satu hal, ada wujud blogger yang suka label2 blogger lain, contohnya, blogger segmen la, blogger tutorial la, blogger SEO la, blogger SERP la ... aduh aduh. Itupun jadi hal ke? Nak masuk kelambu, ada pintu, dan kelambu pun ada macam2 kaler .... dan kelambu pun ada macam-macam jenis .. oh ya, sekarang tak pakai kelambu kan .. jadi mungkin tak berapa nak tahu bagaimana rupa kelambu.

Kelambu tu ibarat dunia blog jugaklah. Masuknya ada keluarnya pun ada. Macam mana nak bagi kelambu tu kekal tergantung ... belajar sendiri boleh, tapi esok pagi sedar2 dah roboh. Kena juga tanya pada mereka yang dah awal guna kelambu. Walaupun kaler banyak, ia tetap kelambu, dan orang yang masuk kelambu pun akan lain, bukan semua orang akan masuk melalui pintu kelambu yang sama, dengan menggunakan warna kelambu dan jenis yang sama.

Tak tahu kena belajar. Kalau dah tahu tu, cubalah beritahu pada yang lain. Apa salahnya menjadi guru? Bukankah manusia yang Islam pada imannya itu perlu ada sifat menyampaikan?

Dah dah .. jangan disalahkan guru, mungkin anak murid tu diperdaya sampai tak mahu belajar .... lalu lari ...


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Di antara guru dan murid.. kena ada saling kefahaman..

    ReplyDelete
  2. x boleh nak salahkan sape2, kita kena tau situasi. jgn tuduh melulu :)

    ReplyDelete
  3. asyik2 nak salah kan guru.habis tu makbapak yg beranakkan dorang tu buat apa.anak 2,3 org pun x trjaga.bila anak buat salah,di beri hukuman,makbapak datang sekolah bwa segala senjata dan peguam.ini la akibatnya...jgn salahkan sapa2.pendidikan awal bermula dari rumah

    ReplyDelete
  4. @Jezz Hehehe... actually entri ini untuk blogger ...bukan pasal mak pak tak ajar anak, ini kes lain ..hehehhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement