As-Salam.
Hairan. Mengapalah ada segelintir insan di dunia ini yang masih tak sedar-sedar bahawa wujudnya dosa dan pahala di dunia ini. Saya ni bukanlah ustaz yang layak untuk berceramah soal ini, tetapi sebagai manusia biasa, kita ada akal untuk memikirkan kebaikan dan keburukan bagi setiap tindakan kita.
Saya tahu ramai di luar sana tinggi ilmunya, dan Allah Taala sendiri mengangkat darjat yang tinggi buat mereka yang punyai ilmu. Tetapi, jika ilmu itu disalah guna kerana untuk menyebarkan hasad, membuatkan orang lain sakit hati, geram dan menyebabkan perpecahan ..... adakah ia satu yang berbaloi?
Simple je. Jika kita merasa bangga akan apa ilmu kita boleh lakukan, mengapa tidak disebarkan dengan cara yang betul, mengapa harus melakukannya dengan cara yang salah?
Nak kena sakiti dulu baru nak beri ubat ke? Luka memang boleh diubati tetapi tetap akan tinggalkan parut. Kalau parut tu cantik, tak mengapalah .. kalau buruk?
Maaf, saya memang tak suka dengan mereka yang suka membuli orang lain dengan ilmunya. Andai mereka yang rasa teraniaya kerana ilmu anda menadah tangan berdoa memohon sesuatu pada Tuhan ... dan termakbul .. bagaimana?
Jangan lupa, apabila menyakiti insan lain, yang layak memaafkan anda adalah insan-insan yang telah anda sakiti itu.
Salam
BalasPadamBenar sekali bro.. :D
Jom Perbaiki diri kita kepada yg lebih baik
tiada sbrg kebaikan drp sikap dengki ni..tp tu la, manusia tetap dengki. lg teruk kalo dah sampai ke tahap guna unsur yg bukan2 n sanggup main kotor utk dptkn apa yg dia nak tu.
BalasPadamboleh tgk entri ni: tiada baiknya dengki
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.