As-Salam.
Dalam hidup, kita semua, termasuklah saya mahukan yang terbaik dalam hidup. Kita semua mahu memanfaatkan hidup yang singkat ini untuk memberikan kebaikan buat semua.

Rasulullah S.A.W dalam hal ini bersabda, "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" (HR. Bukhari).

Dalam perkara ini, hadith ini tidak mengatakan anda perlu jadi seorang muslim, nasrani atau majusi untuk memberikan manfaat, tetapi manusia. Jadi, tak kiralah anda agama apa sekalipun, semuanya menuntut untuk memberikan manfaat pada orang lain.
Mungkin, ada antara kita yang agak skeptikal, apakah kebaikan yang boleh diberikan oleh mereka yang bukan dari agama yang sama, tetapi gitulah .... ambillah kebaikan yang boleh dimanfaatkan, dan bukannya menidakkan kebaikan yang boleh diberikan.

Ada yang berkata, "Jika benar Facebook itu tempat haram itu dan ini, mengapa tak tutup je Facebook tu ... "

Hmm, bagi saya, sebagai diri yang telah dididik untuk memanfaatkan orang lain, carilah manfaat yang boleh diberikan. 

Anjing itu haram dipegang tetapi ia boleh dibela untuk dijadikan haiwan bagi menjaga ternakan, bagi mengawal keselamatan. Tetap kebaikan dibawakan, mestipun ada peraturan tertentu yang wajib diikut.

Begitulah halnya dengan segala macam perkara yang ada di dunia ini, yang semakin hari semakin kucar kacir hingga sampai satu tahap membingungkan kita terutama muslim untuk melakukan yang sepatutnya.

Apa yang penting, kita perlu tahu tatacara yang betul, peraturan dan adab yang telah ditentukan kepada kita. Bukan melarang terus tetapi lakukan dengan cara yang disyarakkan kerana kita hidup beragama, kita hidup berperaturan, bukan hidup tanpa Tuhan, tanpa panduan.

*p.s: Semakin meningkat umur, semakin kita sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat sementara membenihkan kebaikan buat semua ...

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement