As-Salam.
Tinggi ego lelaki, mereka juga ada upaya untuk mengalirkan air mata. Lelaki segagah mana sekalipun, pasti akan ada saat dan ketika dalam hidupnya, dia akan mengalirkan air mata. Ada banyak sebab yang memungkinkan perkara itu.

Ada setengah berkata, air mata lelaki yang mengalir menunjukkan kelemahannya. Ya, benar. Lemah sebagai seorang insan dan hamba Tuhan. Lelaki tidak akan menangis di depan anda, mereka tidak menangis sedu sedan. Lelaki menangis apabila ia benar2 diperlukan. Lelaki menangis apabila ia sedar akan kekurangan dan kekhilafan.

Seorang lelaki boleh menangis dek kerana sebab dia seorang lelaki, sebab dia seorang anak, sebab dia seorang suami, sebab dia seorang ayah .... 



Apabila seorang lelaki menangis, itu bukan tanda egonya runtuh. Ia menandakan ia memberikan laluan untuk hatinya membasuh segala penyesalan. Ia menundukkan nafsu kerana hati telah basah dengan tangisan yang nilainya amat tinggi.

Lelaki semacho, sekacak, sekuat mana ... akan menangis. Dan buat wanita, jangan hairan melihat lelaki mengalirkan air mata yang kadangkala wanita sendiri tidak faham kenapa.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ini teman setuju kate kome.. :))

    huhu

    mengimbau kisah dahulu.. :P

    ReplyDelete
  2. ape kes pulak kalau lelaki yg gagah perkasa (konon) mereka2 cerita yg tak baik pasal org lain? hangin je...

    ReplyDelete
  3. :)....3 orang lelaki yang pernah saya lihat menangis-dalam hidup saya...sungguh terharu....hehehehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement