As-Salam.
Jika anda mahu blog anda menerima trafik yang berkualiti, iaitu dari mereka yang benar-benar membaca blog anda, entri-entri anda, makanya ... anda perlulah menyediakan sesuatu yang berkualiti menerusi entri di dalam blog.
Sesetengah anda mungkin merasakan apabila perlu menghasilkan satu entri berkualiti, kena buat ayat skema ... kena buat ayat macam dalam buku teks. Hmmm sebenarnya tidak, blog diwujudkan untuk membolehkan anda menulis sesuatu bermanfaat secara santai, mengikut citarasa rasa, mengikut gaya anda. Namun, tidak dinafikan, seandainya anda menulis sesuatu perkara yang tidak difahami, apalah gunanya kan? Contohnya, anda gunakan singkatan perkataan tertentu, atau bahasa pasar yang jarang digunakan, kalau anda sorang sahaja yang faham .... apa gunanya ye tak?
Maka, untuk menulis satu entri berkualiti, panduan berikut boleh membantu anda;
Panduan Menulis Entri Berkualiti
- Entri perlulah memberikan manfaat.
- Elakkan penggunaan bahasa yang sukar difahami.
- Letakkan gambar berkaitan untuk lebih pemahaman.
- Entri tersebut merupakan hasil penulisan kreatif anda (tidak bermaksud tidak boleh copy-paste).
- Meletakkan sumber fakta (jika ada) dan sumber rujukan untuk isi entri anda.
- Buat entri seringkas mungkin, tetapi padat dan memberi maksud.
- Tidak terlalu banyak bunga bahasa.
- Entri yang ada kesimpulan di pengakhirannya.
Ok, mudah-mudahan ini dapat memberikan sedikit idea buat anda untuk lebih menyerlah dalam penulisan entri yang berkualiti serta bermanfaat.
Terima kasih.. ilmu manfaat
BalasPadamapa guna ada blog kalau x ada entry..
BalasPadamapa guna ada entry kalau x berkualiti..
betoi x betoi x...
thanks for sharing...
BalasPadamada kualiti baru orang nak jengah blog ye dak. tapi kadang2 entri tak berapa berkualiti jugak sebab tak buat sepenuh hati. hehe.
BalasPadamterima kasih atas tip berguna ini. sangat2 setuju dgn apa yg anda tuliskan.
BalasPadampenulisan entri & gaya bahasa yang digunakan di dalam blog boleh menunjukkan siapakah diri sebenar penulis, kan?
banyakkan membaca...mesti dapat kualiti
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.