As-Salam.
Apabila kita membuat entri berkaitan perkara-perkara melibatkan fakta, apa yang paling penting ialah fakta tersebut mesti tepat dan benar.
Kalau anda bukan pakar, maka sebaiknya letakkan sumber yang anda rujuk, tidak kiralah samada dari majalah, buku, mahupun laman web. Anda tak perlu letakkan secara detail, tapi cukup untuk diri anda merujuk kembali artikel berkenaan seandainya nanti ada kekeliruan yang timbul. Ia mungkin daripada komen-komen pembaca, atau mungkin anda ada terbaca di lain-lain sumber yang boleh dipercayai.
Memang sukar sebenarnya untuk membuat entri berilmiah terutama berkaitan agama dan sejarah seandainya sumber itu boleh dipertikaikan. Kita tidak mahu menjadi blogger yang menyampaikan dan berkongsi perkara atau fakta yang salah.
Seharusnya kita mesti dan perlu bertanggungjawab atas setiap entri yang kita buat. Ini akan menjadikan kita sebagai salah seorang blogger yang disegani dan akhirnya nanti menjadikan blog kita antara tempat sumber maklumat yang diyakini.
Benar..
ReplyDeleteSebab itu banyak blogger memperjuangankan dakwah sering di abaikan oleh para blogger lain
Tak apa..
"ISLAM DATANG SECARA ASING DAN PERGI SECARI ASING"
entri dgn sumber rujukan yg tepat akan lebih meyakinkan pembaca.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.