As-Salam.
Layout blog anda juga memberikan peranan penting untuk memikat pembaca, daripada kunjungan random ke blog anda. Layout juga penting bagi membolehkan enjin carian mencari kata kunci atau keywords dalam blog anda.
Seperti yang telah saya pelajari, selalunya dan menjadi kebiasaan, robot enjin carian akan menggelintar isi kandungan blog anda bermula dari atas ke bawah, dan dari kanan ke kiri blog anda. Itu sebab kita biasanya akan nampak kebanyakkan blog mempunyai sisi widget atau sidebar di sebelah kanan.
Saiz layout juga penting kerana ia akan menunjukkan yang mana satu kandungan utama, dan yang mana kandungan sampingan. Jika tiada perbezaan saiz yang nyata, ia akan mengelirukan enjin carian dan menyebabkan blog anda sukar untuk digelintar bagi mencari keyword atau kata kunci.
Kata kunci ini perlu bagi membolehkan isi kandungan blog anda disenaraikan dalam pengkalan data enjin carian. Bagaimana nak tahu ia merupakan kata kunci? Apabila ia digelapkan atau punyai persamaan dengan tajuk entri, maka ia akan dianggap sebagai kata kunci. Tanda lain, adalah apabila ia berulang kali disebut dalam entri di dalam blog anda.
Maka, andai anda mahu enjin carian menyenaraikan blog anda menerusi enjin carian, lihat pada kedudukan, susun atur layout blog anda supaya ia mudah digelintar oleh robot2 enjin carian ini.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.