As-Salam.
Tiap kali tibanya Hari Raya Qurban, kita akan berbicara soal pengorbanan. Kita akan merujuk pengorbanan yang telah dilakukan oleh diri kita, diri orang yang kita sayang, dan sudah tentu sekali kita akan merujuk akan peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang menjadi signifikasi kepada hari kebesaran umat Islam ini.

Dan, apa yang berlegar di fikiran saya ialah, pengorbanan siapa yang sebenarnya kita ratapi?

  • Sering apabila putus kasih, si yang kecewa akan nyatakan segala pengorbanan yang telah dia berikan dalam perjalanan percintaan.
  • Bagi yang dulunya bergelar suami-isteri, luahkan pula segala keperitan dan kepayahan menjadi suami mahupun isteri, yang kini menjadi satu kenangan.
  • Bagi mereka yang kehilangan yang tersayang, mula mengingati segala kasih sayang yang telah dicurahkan oleh mereka yang telah pergi.
  • Buat insan yang terasa kekurangan, mula memikirkan apakah pengorbanan lalu itu berbaloi untuk kehidupan yang sedang dia kecapi.
  • Pemimpin pula berlantang suara mengingatkan akan semua, bahawa apa yang diperolehi sekarang merupakan pengorbanan pemimpin terdahulu yang telah pergi.
  • Bagi tentera dan polis, pengorbanan mereka dalam pertahankan kedaulatan negara ini memang tak boleh disangkal, kerana itu memang tugas mereka.
  • Buat pendatang asing yang berani menongkah badai dan mengharung taufan untuk mencari rezeki di negara ini, tentu teringat akan pengorbanan besar yang telah dibuat hanya bagi memastikan anak dan isteri merasai secupak nasi berlauk ayam.

Bermacam pengorbanan di dalam hidup, tetapi jika kita boleh memilih, mana satu jadi pilihan utama untuk diratapi? Pengorbanan siapakah yang paling layak untuk bertakhta nombor satu dalam jiwa kita?

Sekadar untuk difikirkan.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam..

    Salam EIDUL adha..

    x qurban ke bro?

    :))

    BalasPadam
  2. assalam...

    salam aidiladha. berkorban paling besar dan diredhai Allah ialah jihad fi sabilillah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement