As-Salam.
Jika anda seorang blogger baru, atau yang merasakan diri anda seorang blogger baru, apa yang penting ialah mencari guru dalam dunia blog .... bukan mencari idola, sebab idola tu tak leh bawak anda kemana pun dengan blog anda sekrang.

Carilah sifu blog anda sendiri. Lekat pada yang sorang, dan ikuti cara penulisannya, cara penyampaiannya, tips serta panduan yang diberikan .... barulah boleh berjaya. Dan tak semestinya blogger yang anda mahukan jadi sifu atau guru anda itu perlu lebih tua, lebih lama berblog dari orang lain, atau mungkin blogger yang ada ramai followers .... tak semestinya.

Ada blogger baru yang dah boleh jadi guru yang terbaik, asalkan dalam blognya memberikan inspirasi apa yang perlu anda lakukan untuk blog anda. Panduan dan tips yang boleh memajukan blog anda.

HH sendiri mengaku, HH ada seorang sifu dan guru yang lebih muda dari HH. Serius .. banyak perkara mengenai promosi blog yang HH perolehi dari dia, yang orang lain terutama blogger2 yang dah ramai followers, yang dah lama berblog tak beritahu ... tetapi yang ini ...guru tak lokek punya.

HH pula .. buat mereka yang ikuti blog ini, tentu dah sedia maklum HH sudah banyak kali berikan pelbagai tips dalam dunia blog ini, dari perkara mudah hinggalah perkara yang dirasakan rumit. Itupun adalah hasil trial n error yang HH lakukan. Jika tak mencuba sendiri, anda tidak akan tahu apa keberkesanannya ..ye tak?

Sekali lagi, carilah sifu anda dalam dunia blog ini dan contohi, pelajari dan ikuti segala panduan yang diberikan. Bukan sekadar baca sahaja, sebab jika itulah adanya, sampai bila2 pun blog anda tak maju2 .... :)

*p.s: Jangan segan bertanya pada sifu anda .. jika tak tanya ... persoalan anda takkan terjawab!

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu....siapa lah sifu HH? Dalam bahasa sabah, siapa lah sifu kita? boleh kongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. @C` Ayob-Ilmu Asas Hidup Ben Ashaari di antaranya, Putera Remaja, Angah dan beberapa nama lagi termasuklah nama besar seperti RM dan IK ...

    :)

    ReplyDelete
  3. nk jadi yg terbaik, kene berguru dgn ramai org.

    ReplyDelete
  4. Salam, Sifu sila beri tunjuk ajar kepada saya....

    ReplyDelete
  5. setiap perkara mesti ada guru bimbing kita, ajar tidak sesat.

    ReplyDelete
  6. saya pun masih berguru tuan...hehe

    ReplyDelete
  7. salah satu sifu saya abang hasrul.. banyak tips yang berguan ssaya dapat kat belog ni.. even saya jarang komen but still jadik silent reader!

    ReplyDelete
  8. @Ida Terima kasih atas penghormatan yang diberikan ..

    ReplyDelete
  9. @eqbalzack Tuan pun layak diberi gelaran SIFU dalam bidang tuan ..

    ReplyDelete
  10. jujur,walaupun saya selalu hadir sbg silent reader,tapi blog HH ni lah antara tempat sy menimba ilmu berblogging.Tq

    ReplyDelete
  11. HH la sifu saya... jujur... :)

    ReplyDelete
  12. Tips yg bagus, Sy juga ada amalkan untuk perbaiki penulisan blog saya. :D Tenkiu for sharing entri mcm ni.

    ReplyDelete
  13. HH adalah salah sorg sumber rujukan saya selama sy berblogging,
    that mean HH jg adalah sifu sy..t.kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi yang hebat-hebat ... HH cuba cedok ilmu mereka je .. :)

      Delete
    2. takpe apa yg penting benda tu sampai..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement