Panduan dan tips untuk membolehkan bateri smartphone tahan lebih lama. Semalam, saya baru balik dari Putrajaya, sampai sahaja di rumah, ternampak satu benda petak bersinar di sebelah TV... wahhh smartphone lah ... adik ipar saya yang baru je sebulan dua bekerja dah pakai smartphone ..masyukkk ... hehehehe.. belek2 ..tapi haram saya tak tahu jenis apa, tapi nyata jenama Samsung.

Hmm ..berkata soal smartphone, semua orang tahu bahawa ia ada pelbagai fungsi canggih yang tiada pada telefon bimbit biasa. Dan dek kerana itulah, kapasiti baterinya juga berbeza mengikut sistem pengoperasian (OS) dalam smartphone tersebut serta aplikasi-aplikasi yang ada.

8 Tips Untuk Bateri Smartphone Tahan Lama

Tips Untuk Bateri Smartphone Tahan Lama
Antara perkara penting bagi sebuah smartphone ialah keupayaan atau jangka hayat baterinya. Jika secanggih mana sekalipun, andai bateri tak cukup berkuasa, ia tidak akan membawa apa-apa erti pada sebuah telefon bimbit pintar.
  1. Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.
  2. Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.
  3. Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.
  4. Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.
  5. Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.
  6. Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.
  7. Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.
  8. Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.

[Tips] How to make your smartphone beautifully different, and uniquely personal from others? Read - Get Your Smartphone Personalized

Harap tips ini dapat membantu anda walaupun saya sendiri tidak menggunakan smartphone .... sebenarnya ia sama juga dengan tips untuk telefon biasa mengekalkan jangka hayat bateri.

Semoga bermanfaat.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement