Sesungguhnya dari satu bahana yang boleh mendatangkan celaka itulah kita mendapat kebaikan yang dapat kita rasai sekarang. Kerana seperti yang sering saya katakan, Allah itu Maha Adil, Dia telah seimbangkan segalanya, kerana Dia Maha Tahu.
Asal Usul Api di Dunia - Bukan Dari Sebesar Zarah Api Neraka
Berikut adalah kisah Asal Usul Kejadian Api di Dunia
Diriwayatkan bahawa Rasululallah s.a.w pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Riwayat itu bermaksud;Setelah nabi Adam a,s dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah s.w.t telah memerintahkan malaikat Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril a.s pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril: Sebesar kurma ...
Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurm
Zabaniah: Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.
Allah s.wt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar zarah sahaja dari api neraka tersebut untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril a.s pun mengambil api neraka sebesar zarah dari malaikat Zabaniah. Namun, kerana kepanasan api neraka yang sebesar zarah itu, ia terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam 70 buah sungai di dalam syurga.
Selepas itu Jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka.
Maka, api yang ada kini bukanlah datang dari api neraka sebesar zarah tetapi hanya sisa-sisa dari sebesar zarah tersebut.
Sumber: HALAQAH.NET
Subhanallah....hebat ciptaan Allah
BalasPadamassalam...
BalasPadamsumber asal artikel ni dulu saya dpt dr email. maybe kita dpt dr sumber terdahulu yg sama. bagi saya, tak kisah kalo share bende baik yg sama.
ni artikel saya: asal-usul api di dunia
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.