As-Salam. Hmm ... kalau benda tu dengan mudah kita dapat, maka dengan mudah jugalah ia akan habis atau hilang. Apa sahaja, jika dibuat dengan cara segera, maka akan segeralah ia tidak menjadi milik kita.

Contohnya, kekayaan dari sumber haram, misalnya loteri ... atau main nombor ekor. Dapat mudah, pastu dengan nilai yang banyak lak tu. Kemewahan segera, tapi ia tidak akan kekal lama, esok lusa, seminggu mungkin, ia akan lesap. Hatta, dibelanjakan untuk kebaikan sekalipun, atau digunakan untuk tujuan baik.

Begitu juga dengan sesuatu kejayaan. Jika cara dan kaedah mendapatkannya bukan dengan daya usaha yang sebenar, ia tidak akan kekal lama. Ia akan mudah pergi. Yang rugi siapa?

Cepat datang, cepat pergi. Cinta juga tak terkecuali. Jika cepat datang cinta itu, maka mudahlah ia pergi dan berlalu. Tanpa sedar mungkin, dan tanpa kita jangkakan.

Maka, berhati2lah dengan sesuatu yang mudah hadir, mudah datang. Buat apa rezeki datang bergolek jika asal goleknya itu dari hak orang lain. Buat apa bulan jatuh ke riba andai riba itu bukan riba kita .... tak gitu?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement