As-Salam.
Jika tidak minat untuk menulis, bercerita, dan berkongsi sesuatu yang baik menerusi penulisan atau gambar, maka .... fikirlah dua tiga kali sebelum mempunyai blog sendiri. Jangan hari ini buat blog, esok lusa dah tutup blog.
Blog yang baik perlu update hampir setiap masa, kalau tidakpun, dalam jangkamasa yang berkala. Katakan, seminggu tiga kali, atau seminggu dua kali ... atau seminggu sekali. Paling tidak sekali sebulan. Ia penting agar blog terus hidup dan relevan dalam dunia blog.
Jika merasa banyak perkara dalam hidup kita sukar untuk dikongsikan, maka janganlah buat blog. Jika merasakan anda tiada apa yang mahu dipersembahkan, maka lupakan hasrat untuk ada blog.
Bukan semua orang boleh menghasilkan sebuah blog yang baik. Dan bukan semua orang minat berblogging. Kalau anda minat, kejayaan dalam dunia blog memang mudah nak capai. Jika tak minat ... buatlah perkara yang paling anda suka.
Erkk .. ehhh saya bukan tak suka anda berblogging. Malah saya memang mahukan dunia blog meriah dengan blog-blog yang berinformasi dan padat dengan pelbagai cerita. Tetapi, jangan sampai tiba situasi ..... hangat-hangat taik ayam. Bukan apa .... apabila anda membuat blog, menulis entri .. anda akan tinggalkan jejak anda di dunia maya yang sukar untuk dipadam, kerana ia telah berada dalam pengkalan data enjin carian. Agak malang buat mereka yang mencari maklumat dan info, tetapi secara tiba-tiba tak dapat menemui apa yang mereka cari ... kerana apa? kerana entri dari blog anda itu sudah tiada lagi ......
betul tuh ;)
ReplyDeletenk buat apa2 pun biar la bersungguh2....kene sntiasa berusaha, rajin dan sntiasa konsisten...
ReplyDeleteblog yang sangat bermanfaat :)
ReplyDeleterite..=)
ReplyDeletenice entry..buat saya berfikir ttg kewujudan blog saya..hee..=)
benar..akak amat setuju..
ReplyDeletewah..cantik blog...
@BLADE EDGE Hmm memang sukar sebenarnya utk konsisten ..
ReplyDelete@Cik Tie@Akak Terima kasih ... :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.