Anda tidak akan dapat telor jika anda tidak ada ayam betina. Ayam jantan gagah mana sekalipun, kokok paling nyaring dalam kampung takkan berikan anda telur jika tiada ayam betina yang boleh memberikan anda telur.
Nak Kaya? Buatlah Pelaburan
Nak harta lipat kali ganda, maka melaburlah. Anda tak boleh tenung duit anda hari-hari dan lihat ia beranak begitu. Anda perlu gunakan duit anda itu untuk menjana pendapatan anda. Sayang sangat akan duit anda tu, takkan beri apa-apa kebaikan. Duit tak dibawa ke kubur, tetapi pelaburan dengan duit anda itu, boleh bantu anda untuk menjawab dengan baik di alam kubur. :)[Baca] Pelaburan Dalam Pendidikan SSPN-iNak anak sendiri? Nak zuriat? Kenalah kawin, bila berkahwin, kenalah kuarkan sedikit modal. Bukan free bang, nak kawin ni kena ada modal. Jika tak ada modal harta dan kekayaan, modal budi pekerti baik mesti nak ada. Itu juga dikatakan satu pelaburan dari modal.
Nak Kaya Tapi Takut Melabur
Ramai orang nak jadi kaya, tetapi takut nak melabur. Ramai yang nak bijak berniaga, tetapi tak mahu keluar modal untuk melabur dalam ilmu .. weihh .. apa cerita ni? Jika anda tak mahu beri orang lain barang percuma, jangan expect orang nak bagi anda sesuatu dengan percuma.Anda dok hairan kenapa si polan dan si polan boleh ada banyak duit, boleh ada rumah besar, boleh ada kereta besar, pergi umrah beberapa kali, buat sedekah sana sini. Bila ada yang berikan penyelesaian untuk hilangkan hairan anda, anda tolak mentah-mentah ... fikir pun tak nak .. aiyoh .. tapi nak kaya. nak jadi seperti si polan dan si polan... kau dah kenapa??
Jalan kekayaan ada banyak. Anda boleh pilih. Ada kerja nampak mudah, tapi pelaburannya besar. Ada kerja yang agak susah, tapi pelaburannya kecil. Orang berniaga kecil-kecilan, jangan ingat mereka tak boleh kaya raya, tak percaya boleh tengok orang berniaga bisnes air balang, boleh je jadi kaya raya.
Dengki Sebab Orang Lain Kaya - Ini Penyakit
Dek kerana tidak puas hati, anda jadi pendengki. Mulalah jaja cerita tidak benar kata si polan itulah, si polan inilah. Geram kot tengok si polan tu bahagia dengan hartanya. Tapi, tak mahu belajar, tak mahu buat pelaburan. Sayang sangat duit sampai akhirnya tak tahu ke mana pergi duit yang tak seberapa.Nak jadi manusia yang baik pun kena ada pelaburan tersendiri. Anda tak boleh hafal Al-Quran jika tak belajar cara nak hafal dengan betul. Paling tidak pun, mesti ke sekolah pondok ... ehemmm ... sekolah pondok pun nak kena pelaburan ye ... ingat makan minum free semua orang nak tanggung ke?
[Baca] Rahsia Bisnes CoolHijab DidedahkanOrang jahat tak kekal jahat andai dia tahu cara untuk ubah dirinya. Nasib seseorang takkan berubah jika tak berusaha untuk merubah. Begitu juga diri kita .. dari miskin boleh jadi kaya, dari kaya biasa boleh jadi kaya raya ... dari kaya raya boleh jadi multi kaya billionaire .. oh bukan dengan cara pinjam dan curi duit orang lain ye. Tu kerja jahat yang buatkan diri akan bertambah jahat. Jangan jadi jahat, sebab orang jahat akan masuk neraka.
Nakkan budi pekerti baik, ohhh bukan diturunkan dari generasi ke generasi, ia juga ada pelaburan tersendiri. Apa yang perlu anda labur? Masa ... masa bersama keluarga, masa dengan agama, masa dengan Tuhan. Lihat sahaja mereka yang anda anggap sebagai manusia yang baik budi pekerti, mereka kaya budi, dan mereka kaya harta.
Harta apa? Dunia? Akhirat? Mana-mana yang nak dicapai, perlukan pelaburan. Jangan lokek dengan pelaburan. Paling tidak, laburkan untuk ilmu. Ilmu menjaga engkau, dan engkau menjaga harta.
Jadi, dalam apa juga kekayaan yang dicari, kita mesti tahu dan bijak melabur dan membuat pelaburan. Dan ingat, akhirannya - samada untung mahupun rugi. Pilihlah.
*p.s: Baru lepas sembang pasal public mutual dengan seorang 'kenalan baru'
yup..tol tu..mase pun smakin lame, smakin cpat blalu
BalasPadamye..betul tu... mcm berniaga la. kalo nk untung or buat duit, modal kene sedia dulu....pasal untung or rugi tu, atas kita la..mcmana kita menguruskannya.
BalasPadamcustom related writing papers and research related reference materials are supplied by our writing experts to the students at online. You can collect the ex ordinary information form our writing company about their writing topic. The title of the essays can be provide the good meaning and detailed data to the students
BalasPadamEssay writing service reviews
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.