As-Salam.
Antara aspek yang penting dalam menulis entri di blog untuk bacaan ramai ialah penggunaan bahasa yang mudah difahami. Jika pengunjung datang jenguk blog anda, tetapi tak memahami apa yang anda tulis hanya disebabkan oleh bahasa anda, ia sesuatu yang agak merugikan.
Penyampaian tidak akan berkesan jika cara menyampaikan itu tidak dilakukan dengan betul. Jika kita mahu ramai yang baca blog kita, maka buatlah penyampaian yang mudah difahami. Salahkan diri sendiri kalau blog anda kurang pengunjung dan kurang pembaca. Jangan salahkan orang lain jika blog anda kurang trafik atau tiada orang nak komen entri anda, kerana mungkin aspek di atas menjadi puncanya.
So, kalau anda mahu berkongsi sesuatu yang bermanfaat, pastikan anda berkongsi dengan cara yang betul, supaya nanti manfaat boleh anda kecapi secara berterusan. Ilmu itu ditulis dalam bahasa yang mudah, jadi jangan belitkan dengan bahasa anda sendiri yang hanya anda sahaja faham ... :)
*p.s: Tu sebab kadangkala blog saya ni ramai terpinga-pinga apa yang cuba saya sampaikan ...huhuhuhu ..
betol tu...kdg2 penulisan blogger ni kene lebih direct...baru pembaca sng phm....tp overall blog HH xde prob...
ReplyDeleteapakah boleh jenguk blog saya dan komen apa yang patut? thanks! :)
ReplyDeletemenulis harus dari jiwa.. heheh
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeletekalo blogger 2 tulis bahasa rojak paling gaban.. x view teruih.haha
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.