As-Salam.
HH masih ingat, sewaktu baru mula berblog, memang sukar untuk ajak pengunjung melekat dan menyukai blog kita. Ketika itu, apa yang boleh dilakukan adalah 'hit and comment' serta menggunakan pengetahuan dan modul SEO (Search Engines Optimization) . Memang agak sukar dan perlukan kerja yang berkali ganda lebih dari sekarang.
Serius. Jika kandungan blog kita tidak menepati apa yang dicari, tidak menepati selera pengunjung, alamatnya tidak akan ada pengunjung berulang. Malah, blog anda hanya akan tinggal sebagai sebuah blog untuk diri anda dan dibaca oleh anda sahaja. Jadi, apa makna kalau blog tidak dikenali dan dibaca?
Tapi itu dulu, ketika HH mula berblog sekitar tahun 2007-2009. Sukar. Belum cakap pasal jumlah komen dalam blog, belum lagi kira pasal pageviews. Sedih.
Platform Laman Sosial Sebagai Ruang Promosi Blog
Platform Laman Sosial Sebagai Ruang Promosi Blog
Kini, anda sudah ada pelbagai platform untuk blog anda dikenali. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan laman sosial. Facebook, MySpace, Friendster, Twitter dan macam-macam lagi. Sudah ada link di antaranya, sekali anda kemaskini blog, anda dah boleh terus buat promosi pada hampir semua jaringan sosial.
Namun, masih lagi kepada konsep asal untuk terus dikunjungi, isi kandungan blog perlu informatif, perlu ada pendekatan umum serta universal, supaya semua orang boleh baca. Pastikan kandungan blog anda merupakan hasilan terbaik anda, dan bukan setakat melepas batuk di tangga.
setuju.. (",)
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeletebenar sekalo bro.. hehe
sama laa bro. mula blog time 2008. trafik? saya tak tau pun apa tu trafik. sebab time tu enjooy. hehe! sekarang lagi enjoy.
ReplyDeletebetul2...setuju sangat..tapi tak ramai yg bacer blog marina kot..
ReplyDeleteNak mintak tolong sikit boleh? Tolong vote untuk contest marina join ni boleh? Vote HH amat2 dihargai..Terima kasih..
http://marinafazli.blogspot.com/2011/12/perlukan-vote-korang-untuk-contest-ni.html
sooo true...
ReplyDeletetq 4 de tips^^
ReplyDeletesalam abg hasrul..nak tanya abg hasrul ada mention di shout box di blog (batrisyaamylea.blogspot) saya ada malware macam mana nak buang ye?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.