As-Salam.
Antara ciri seorang blogger yang baik, yang ingin menyampaikan maklumat dan info adalah kepekaan yang jitu. Seorang blogger perlu peka akan isu semasa, perlu peka apa yang sedang diperkatakan dalam dunia blog. Kerana apa? Supaya anda sebagai blogger tidak terjebak dalam kancah kontroversi.
Adakala, dok syok menulis, kita terlupa bahawa majoriti mereka dalam dunia blog sudah tidak mahu lagi menerima gaya penulisan tertentu, atau kaedah tertentu dalam menulis entri kita di dalam blog. Misalnya, menulis entri copy-paste tanpa merujuk sumber dan sebagainya.
Adakala juga, kadangkala kita menulis sesuatu isu dalam dunia blog yang ramai blogger dah tak mahu dengar, lihat dan baca. Muak dengan cerita begitu, akan membuatkan blog anda tidak dikunjungi.
Sebagai blogger, sebagai orang baru dalam dunia blog, kena perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa peraturan yang telah 'disediakan' secara tidak langsung dalam dunia blog, contohnya adat 'i follow u, u follow me back' ... rata-rata ramai blogger yang dah agak lama dalam dunia blog tidak berapa suka akan keadaan begini. Mereka rimas kerana perlu 'membalas budi' dengan cara paksa.
Maka, setiap blogger perlu tahu, perlu peka, perlu alert tentang situasi dan keadaan dalam dunia blog. Kena tahu isu-isu yang dah lapuk untuk diperkatakan. Blogger perlu pastikan bahawa entri tidak menyentuh perkara-perkara yang sudah dicap remeh dan temeh dalam dunia blog terutama Dunia Blogger Malaysia.
*p.s: Bukan mudah sebenarnya untuk menulis dengan baik dalam blog ... walaupun ianya merupakan catatan peribadi ....
kene sentiasa alert dgn perkara2 yg berlaku setiap masa. byk sbnrnya citer2 yg menarik yg blh disampaikan utk bukak minda pembaca..blh tgk blog mazidul akmar, tgk apa n mcmana dia sampaikan content. best jer....
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.