Alangkah hebatnya insan yang punyai kekuatan memaafkan. Inilah kelebihan yang diberikan Tuhan kepada kita, diberi kuasa memaafkan orang lain. Power ni hebat .... lebih hebat dari kuasa Ultraman Taro mahupun Masked Ryder Rio .... kehebatan untuk meringankan timbangan amal yang menentukan ke mana arahnya kelak - samada terhumban ke pintu neraka, atau dijemput masuk ke syurga kekal abadi.

Kita, memang dah dilumrahi, selalu melakukan kesilapan dan kesalahan tanpa kita sedar. Jika tidak kerana diberi kesempatan untuk meminta ampun, maaf dan taubat .... tentu dah bertimbun kita punya dosa. Apatah lagi dosa sesama manusia. Dosa kepada Tuhan, mudah .... kita boleh minta maaf tak kira masa, tak kira ketika, dan Tuhan Maha Pengampun.... Allah Taala Maha Pemurah.

Perlunya Kita Saling Maaf

Perlunya Kita Saling Maaf
Manusia. Kalau hati si dia itu keras macam batu ... melutut, meraung, bagi emas berlian seguni pun ... kalau si dia tanak memaafkan ... apa boleh dibuat? Memang berat sebenarnya andai kita buat salah sesama manusia, memang kes naya jika si manusia A tidak memaafkan salah dan dosa si B.

Saya harap diri saya dan anda semua janganlah jadi sekejam itu, tidak mahu memaafkan sesama insan. Takkan kita nak jadi seorang yang kejam kan? Kejam macam ni tak nampak ... sebab letaknya dalam hati. Kita sering nampak kekejaman orang lain, kita perasan salah orang terhadap kita ... tapi kita?

Jom elakkan kekejaman bersarang dalam hati kita. Meh kita saling memaafkan, bukan susah sangat pun .... percayalah, apabila kita memaafkan orang lain, hati kita akan lebih tenang. Cubalah amalkan dalam diri untuk memaafkan, terutama sebelum kita lelap mata di tengah malam. Sebelum tidur, kita mohon keampunan dari Allah, dan kemudian ... kita ucapkan pengampunan untuk diri orang lain. In Sya Allah.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang mudah memaafkan dengan mulut..tapi sukar untuk memaafkan dari hati..

    ReplyDelete
  2. Amalkan, sebelum tidur mohon maaf pada kedua ibu-bapa, sms.mms.fb.call pun boleh. muhasabah diri. selamat beramal kawan-kawan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement