Kita, memang dah dilumrahi, selalu melakukan kesilapan dan kesalahan tanpa kita sedar. Jika tidak kerana diberi kesempatan untuk meminta ampun, maaf dan taubat .... tentu dah bertimbun kita punya dosa. Apatah lagi dosa sesama manusia. Dosa kepada Tuhan, mudah .... kita boleh minta maaf tak kira masa, tak kira ketika, dan Tuhan Maha Pengampun.... Allah Taala Maha Pemurah.
Perlunya Kita Saling Maaf
Manusia. Kalau hati si dia itu keras macam batu ... melutut, meraung, bagi emas berlian seguni pun ... kalau si dia tanak memaafkan ... apa boleh dibuat? Memang berat sebenarnya andai kita buat salah sesama manusia, memang kes naya jika si manusia A tidak memaafkan salah dan dosa si B.Saya harap diri saya dan anda semua janganlah jadi sekejam itu, tidak mahu memaafkan sesama insan. Takkan kita nak jadi seorang yang kejam kan? Kejam macam ni tak nampak ... sebab letaknya dalam hati. Kita sering nampak kekejaman orang lain, kita perasan salah orang terhadap kita ... tapi kita?
Jom elakkan kekejaman bersarang dalam hati kita. Meh kita saling memaafkan, bukan susah sangat pun .... percayalah, apabila kita memaafkan orang lain, hati kita akan lebih tenang. Cubalah amalkan dalam diri untuk memaafkan, terutama sebelum kita lelap mata di tengah malam. Sebelum tidur, kita mohon keampunan dari Allah, dan kemudian ... kita ucapkan pengampunan untuk diri orang lain. In Sya Allah.
memang mudah memaafkan dengan mulut..tapi sukar untuk memaafkan dari hati..
BalasPadamAmalkan, sebelum tidur mohon maaf pada kedua ibu-bapa, sms.mms.fb.call pun boleh. muhasabah diri. selamat beramal kawan-kawan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.