As-Salam.
Siapa kata senang dan mudah untuk menjadi seorang blogger? Susah, dan memang tidak semudah yang disangka. Untuk mempunyai blog, memang senang ...hanya dengan beberapa langkah, dengan beberapa klik itu dan ini, insyaAllah ... dalam masa kurang dari 15 minit, anda sudah boleh ada satu blog yang ringkas.

Tetapi, tanggungjawab sebagai seorang blogger itu .... itu yang saya maksudkan. Kita, anda dan saya yang punyai blog ada tanggungjawab untuk berkongsi sesuatu yang baik, sesuatu yang fakta, bukan cerita palsu, bukan dakyah, bukan tohmahan melulu. Jika tersilap, kesannya .... hmmm anda boleh fikir sendiri.

Kali ini saya telah tersilap kali ini. Saya yang selama ini menasihati orang lain telah terlupa untuk mengingatkan diri sendiri. Semuanya kerana gara-gara mahukan trafik kencang untuk blog ini. Memalukan. Memalukan buat diri saya .... 

Jadi, kepada rakan blogger yang lain..... jangan jadi seperti saya. Jangan kerana trafik, anda memilih untuk bersensasi dengan tajuk sehingga ia boleh menjebakkan diri dalam kancah fitnah.

Maafkan saya wahai semua. Maafkan saya kerana lalai dengan tanggungjawab ini. Nyata, menjadi seorang blogger itu bukan mudah!

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju...kdg2 kite kene perbaiki..mungkin pada awalnya kita boleh menulis sesuka hati...hakikatnya, kita perlu menjadi penulis yang berhemah

    BalasPadam
  2. salam bro..

    ini sebgai satu anjakan paradigma kepada diri bro.. kalo naim ada buat salah, tegur la Naim. Insha Allah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement