Ahli Yakuza Wajib Ada Tatoo di Badan. Foto: Lilo Magazine (Anton Kusters)
As-Salam.
Yakuza (ヤクザ or やくざ ?), juga dikenali sebagai gokudō (極道?), merupakan kumpulan gangster dan melakukan jenayah terancang hampir di seluruh dunia. Dianggarkan terdapat lebih dari 80,900 ahli di seluruh dunia.

Pada awal ianya dikenali, kumpulan ini lebih bersifat seperti Robin Hood Jepun kerana banyak membantu mereka yang lemah, dengan melakukan pengadilan sendiri terhadap golongan bangsawan yang menindas.

Menurut beberapa pendapat, asal usul Yakuza dikatakan berasal dari cebisan atau pengaruh kabuki-mono (si gila) pada kurun ke 17. Kabuki-mono merupakan golongan samurai yang dipinggirkan, dengan bercirikan pakaian yang berbeza dari samurai biasa, sambil menggunakan slanga bahasa yang berlainan. Mereka juga membawa pedang panjang samurai mereka dengan cara meletakkannya di pinggang. Kabuki-mono juga dikenali sebagai hatamoto-yakko (pengikut shogun).

Terdapat beberapa kategori Yakuza yang diasaskan di Jepun, iaitu tekiya (yang merayau di jalanan), bakuto (kaki judi), dan gurentai (yang bersembunyi).

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Yakuza di Jepun di sini: THE YAKUZA

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement