As-Salam.
Dah ada blogger yang gunakan ruang menulis di dunia maya ini untuk menabur fitnah sesuka hati. Tanpa segan dan silu mereka ciptakan dan wujudkan blog untuk menabur pelbagai cerita fitnah, samada sesama blogger atau kepada individu tertentu. Apa yang mereka cuba tonjolkan? HH sendiri agak kurang pasti, dan tak faham sebenarnya.

Suka benar memberikan konklusi mudah akan satu-satu cerita yang bau-bau hancing, tak mahu nak bongkar secara telus pulak tu. Suka berselindung dengan nama samaran dan tanpa wajah. Mereka ini menulis dengan semborono tanpa tahu hujung dan pangkal ... hanya copy paste daripada blog fitnah yang lain, dari satu ke satu .... 

Kalau begini kerja copy paste ... memang HH tak setujulah. Ini baru copy paste yang patut kita hindar. Budaya begini menyemarakkan fitnah, dan yang malangnya adalah yang mula-mula menulis ceritalah ... sahamnya berganda2 tu.

Hentilah budaya ini. Budaya buat entri untuk fitnah orang lain. Tak ada bestnya menyiarkan cerita tanpa bukti dan fakta kukuh. Ya, trafik mungkin tinggi .... dan saham anda juga akan naik .... pilihlah yang baik, ada banyak pilihan, mengapa pilihan menabur cerita hasad dengki ini yang ingin dikongsi?

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ndak guna jatuhkan orang dengan menulis perkara yang tidak baik...bertambah dosa dan rezeki kita akan ditarik balik...

    ReplyDelete
  2. setuju dgn entri saudara HH. terlalu byk blog yg sampaikan cerita yg tak berapa nak betul.menabur fitnah.tapi masih banyak lagi blogger yg menyampaikan maklumat yg menarik utk para pembaca. :)

    ReplyDelete
  3. kalau kita 'peka' mereka 'suka', peka dengan isu yg belum tentu asasnya lalu disebarkan, suka sebab kerja mereka bertambah mudah..elok sangatlah dihentikan .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement