As-Salam.
Apabila anda mencuba carian dengan Google untuk mendapatkan satu-satu maklumat dan info, anda akan dapati banyak blog yang berinformatif muncul di muka depan carian tersebut. Kedudukan blog-blog ini pada muka hadapan carian Google sudah tentu memberikan impak dan implikasi trafik kepada blog tersebut. Dan anda pula, sebagai seorang penulis blog tentu mahukan blog anda menyertai senarai pertama tersebut.
Ada banyak tips dan petua untuk anda ikuti bagi meningkatkan penampilan blog anda dalam enjin carian. Anda boleh gunakan kata kunci Improve Google Ranking untuk mencari info yang berkaitan.
Namun, dari banyak-banyak tips dan petua yang diberikan, ada 3 perkara yang ingin HH titik beratkan untuk mengelakkan anda kehilangan ranking Google.
3 Perkara Yang Merosakkan Google Ranking
- Blog Sarat Dengan Iklan - Blog yang sarat dengan iklan akan menyebabkan ranking blog anda dalam Google terjejas, ini adalah kerana Google menganggap perletakkan serta info iklan yang terlalu banyak dalam blog sebagai satu tanda bahawa blog itu adalah salah satu daripada laman web spam yang rendah kualiti isi kandungannya. Matlamat Google dalam enjin cariannya ialah untuk memberikan ranking tertinggi pada laman web yang kaya dengan informasi berkualiti.
- Pautan Bermasalah - Perlu pastikan setiap pautan (link) dalam blog anda berfungsi dengan baik. Pautan seperti tukaran RSS, bloglist dan pautan sumber mestilah pautan yang berfungsi dan berkualiti. Semakin berkualiti pautan yang anda berikan dan anda dapat, maka semakin tinggi rank blog anda dalam enjin carian Google. Cuba lebih selektif dalam menyediakan khidmat tukaran RSS atau link exchange. Pilih hanya yang relevan dengan isi kandungan blog anda. Pautan yang anda letakkan dalam blog perlu dipastikan sentiasa berfungi dan tidak mati (broken link). Seandainya terdapat terlalu banyak broken link, ia akan menyumbang kepada kedudukan yang tidak bagus dalam enjin carian.
- Manipulasi Kata Kunci - Awas, Google tidak akan teragak-agak untuk menyenarai-hitamkan blog anda jika berlaku manipulasi pautan dalam blog. Manipulasi pautan ini seperti contoh, membuat kata kunci tertentu bagi enjin carian, tetapi tidak menunjukkan kandungan berdasarkan kata kunci tersebut. Senang cerita, anda buat pautan Video Seks Anuar tetapi bila diklik, ia menuju ke laman web pengiklanan klik berbayar. Selain itu, meletakkan kata kunci tersembunyi dengan menjadikan warna huruf (font) sama warna dengan latar blog juga adalah dianggap sebagai manipulasi pautan atau kata kunci. Elakkan dari melakukan perkara-perkara ini kerana ia akan menjejaskan peluang blog anda dalam enjin carian Google.
HH menulis berdasarkan daripada penulisan asal:
thanks bagi tips HH.
ReplyDeletenak try jadi first ranking dalam carian Google la. mana tahu blog boleh famous. aceh, #perasan
sangat berterima kasih
ReplyDeletesatu tips yg baik..tq HH
ReplyDeleteberguna
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.