As-Salam.
Entri yang digemari oleh pembaca dan pengunjung adalah pelbagai. Anda boleh pilih mana satu untuk menjadi inti blog anda. Semakin anda menulis dengan cara dan corak yang serupa, semakin terserlahlah identiti tersendiri blog anda. Lakukan dengan konsisten, agar mereka yang singgah akan cepat perasan dengan corak penulisan anda.

Menjadikan blog niche bukan sekadar menyediakan entri yang serupa (dari sudut isi kandungan) tetapi juga merujuk kepada corak penulisan anda dalam blog. Jadi, corak penulisan yang bagaimana yang ada di dalam dunia blogger Malaysia, dan yang mana menjadi kegemaran ramai?

  1. Berunsur Lawak Jenaka - Isi entri mungkin satu-satu isu yang serius tetapi kerana corak penyampaiannya bersahaja dan diselitkan dengan jenaka santai, ia menjadi selesa untuk dibaca.
  2. Lucah Tetapi Tidak Melucahkan - Entri ditulis dalam bentuk metafora yang punyai dua maksud. Ia sekali baca nampak lucah, tetapi di sebaliknya itu ada maksud terselindung yang lebih bermakna dan perlu difikirkan. Ia nampak lucah, tetapi tidak melucahkan kerana boleh dibaca tanpa segan silu.
  3. Entri Telus - Entri ditulis straight to the point. No hit around the bushes. Selalunya entri-entri ini ditulis oleh mereka yang mahukan suara dan pendapat mereka didengar dan diberi perhatian serius. Tulisan mereka mungkin berat untuk dibaca, tetapi ada pembaca dan pengikut setia yang mahu membaca pendapat telus mereka.
  4. Entri Bergambar Cantik - Tidak semestinya kena tempek gambar anda yang cun melecun. Seperti pernah dikatakan sebelum ini, teknik anda menvisualisasikan entri anda boleh menarik pembaca dan pengunjung. Entri sebegini seronok dibaca kerana ada gambar yang menjadikan ia menarik dan ada masa rileks untuk dibaca.
  5. Punyai Ayat-Ayat Tersusun - Blog sebegini lebih kepada blog-blog yang memberikan tutorial atau panduan tertentu. Ia jelas, walaupun nampak macam sedikit teknikal tetapi ia mudah difahami dan diikuti.
  6. Entri Diselitkan Peribahasa, Kata Hikmah, Dalil - Entri sebegini disukai kerana selain beralas fakta dan keterangan yang jelas, ia juga menjadikan entri itu indah dibaca. Macam Karam Sigh Walia, muka tak hensem pun, isu berat tetapi sebab kerana dalam penyampaian ada peribahasa dan bidalan, kita akan tertarik dan ternanti apa yang akan diucapkan.

Itu sedikit sebanyak yang boleh HH kongsikan. Mungkin anda ada yang lain yang boleh diselitkan untuk pedoman yang lain.

Terima kasih kerana membaca. Amal tak salah, jangan tersalah amal. Jika sudi LIKE dan jika tak keberatan, kongsikan dengan pembaca yang lain.

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thank HH.. perkongsian yang bermakna..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ayat sapa tak power? Power rangers ke? heheheh... mana reti nak ada ayat power...ngorat awek dahi licin leh la.

      Delete
  3. http://akubencihacker.blogspot.com/2012/01/nelly-strange-sudah-buka-bloglist-baru.html

    ReplyDelete
  4. HH
    banyak tunjuk ajarku sifu..tq der!

    ReplyDelete
  5. saya rasa saya ni jenis yg ke-5 tu..wpun bukan buat entri2 jenis tutorial. tp mmg, saya suka tulis apa yg mudah org baca dan faham..dgn cara tu org blh dpt info2 menarik dr blog saya...

    ke kedai mamak makan kari,
    baik jadi diri sendiri :-D

    ReplyDelete
  6. tips yang baik.. saya tgh memikir penambahbaikkan untuk blog saya.. thousand tq...

    ReplyDelete
  7. aku pulak jenis gaya bahasa ikut jenis entri.. kalau entri tutorial bahasa akan lebih teratur dan mudah difahami, kalau entri personal akan lebih kepada bercerita.. tapi aku rasa cam takde beza je.. he3! i am who i am. susah nak ubah2..

    eastbullet.com

    ReplyDelete
  8. blog mcm yg sy punya ni apa plo erk?? hmmmmmm...(tgn kt dagu, tgh pikiaq)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement