As-Salam.
Anda tentu mahu blog anda mendapat perhatian dengan entri-entrinya. Dan apabila HH kata tentang perhatian, ini bermakna bahawa pengunjung ke blog anda akan berada lama di dalam blog, dan seterusnya meninggalkan komen-komen yang berkesan, yang seronok dibaca; baik dibaca oleh anda mahupun pengunjung yang lain. Anda mungkin terfikir mengapa blog anda bukan menjadi blog pilihan ramai.
Jadi apakah sebab blog anda tidak menerima perhatian sepatutnya? Mengapa kurang pengunjung yang memberikan komen kepada entri-entri anda - walhal anda dah tulis panjang lebar, tinggi rendah, luas dan lapang dalam entri yang ditulis sepanjang malam?
Berikut ini MUNGKIN antara sebab-sebab tersebut .....
7 Sebab Blog Bukan Menjadi Blog Pilihan Ramai
- Blog Tidak Berfokus - Katakan hari ini anda menulis mengenai ayam .... tapi esok lusa pula mengenai kereta. Tentu sekali mereka yang terpikat dengan kisah dan tips mengenai ayam tidak akan lagi membaca mengenai tips dan kisah mengenai kereta. Jadi, pastikan blog anda berfokus, jadikan blog anda dirujuk kepada sesuatu yang spesifik.
- Blog Tidak Ditulis Untuk 'Mengajar' - Anda lihat sahaja blog-blog yang berkisar mengenai tutorial .... pasti akan ramai pengunjung setia, dan pasti anda akan nampak komen yang banyak serta berjela. Jadikan blog anda tempat mencari ilmu dan mengajarkan sesuatu.
- Blog Anda Hanya Tulis Tentang Diri Anda Sahaja - Apabila ini berlaku, apa yang anda bakal jangkakan ialah tiada komen dari pengunjung, jika ada hanyalah mereka yang rapat dengan anda. Tidak semua orang minat mahu mengetahui mengenai kisah peribadi anda dalam dunia blog yang tidak relevan dengan kehidupan mereka.
- Rekabentuk Blog Yang Tidak Kemas dan Bercelaru - Apabila blog anda banyak sangat iklan, banyak sangat widget, pengunjung akan cepat rimas. Lepas tu, ada pula hiasan-hiasan yang pada pandangan mereka menyusahkan mereka. Jangan letakkan widget yang tiada kaitan dengan blog anda.
- Blog Anda Tiada Tema - Apabila seseorang klik ke blog anda, mereka ingin tahu apakah kandungan utama blog anda. Jika boleh buatkan satu tema khusus dengan menyatakannya menerusi deskripsi tertentu - seperti meletakkan motto atau tagline yang menarik yang menceritakan mengenai blog anda.
- Unikan Blog Dengan Personaliti Sebenar Anda - Jadikan blog anda unik dengan menampilkan kelainan yang blog lain tidak ada. Atau mungkin jadikan blog anda itu personaliti anda. Bila anda terapkan personaliti anda dalam blog, pengunjung akan tertarik untuk terus membaca kisah anda yang unik itu. Banyak blog-blog personal yang berjaya menarik pembaca dan pengunjung kerana keunikan personaliti ini.
- Jadikan Setiap Pengunjung, Pembaca dan Pemberi Komen Itu Istimewa - Jika anda tidak menghargai mereka ini, mereka akan cepat dan dengan mudah meninggalkan blog anda, jika tidak hari ini, mungkin esok lusa. Kerana mereka merasakan mereka tidak dihargai di blog anda walaupun mereka sering datang dan komen. Cuba lakukan sesuatu untuk menghargai mereka.
Mari sama-sama kita tingkatkan penampilan blog dan juga menjadikan blog kita pilihan ramai.
suka entry ni.,
ReplyDeletepenuh info berguna lebih-lebih lagi blogger baru macam sy.
mekasih tuan tanah!! :-)
thanks....mmg btol apa yang di perkatakan...
ReplyDelete@Lady Milo Terima kasih kerana suka ...:) Jangan suka (LIKE) je ... tapi mari sama praktikkan
ReplyDelete@jedi Terima kasih ... ada lagi sebenarnya .. tapi biarlah yang nampak ni dulu sebagai bicara ilmiah
ReplyDeletemesra blogger juga penting...good info dr HH..
ReplyDeleteassalamualaikum HH...memang sangat menarik info ini...mekacih HH kerana memberikan tip2 berguna begini buat semua pembaca...:)
ReplyDeletepembaca ni bermacam ragam. blog yg kita anggap tak menarik mungkin lain d pelinghatannya... tapi apa yang HH nyatakan ni sememangnya point yang general dan sama dengan kebanyakkan org rasa.
ReplyDeletemmg perlu praktikkan jika mahu blog berjaya :)
ya, saya tertarik dengan perkongsian ini.. terutamanya yang no.7 itu... perlunya kita menghargai mereka yang datang berkunjung ke tempat kita... itu yang paling saya fokuskan..
ReplyDeleteAda lagi ni HH.. Sebab pemilik blog tidak hensem, cun mahupun cool.. Errr,,,.. ^^
ReplyDeletebukan mudah nak amalkan semua tips tu..
ReplyDeletetapi semua nya akan diamalkan jika kita minat blogging.
betul tak HH?
sejahtera;
ReplyDeletemaksudnya tagline kena diutamakan...susah jugak nak menentukan blog kita jenis apa!!!,takut kelak kekeringan idea bila blog kita dah ditentukan taglinenya.
rasa cam terkena batang hidung sendiri jerr...hihi
ReplyDelete@My Name is Mar Hehehe... itu antara daya penarik, tapi ada je blog yang hebat yang tak perlu jaja wajah ..kan kan?
ReplyDelete@Muaz Faris Jika serius nak berblog, perlu amal .. kalau sekadar satu suka2, buat sebahagian pun dah ok dah
ReplyDelete@kainBuruk Hmm memang sukar, tapi boleh buat. Apabila kering idea, kita mintalah support rakan blogger ..
ReplyDelete@misz_eyza Ehh ye ke? Mintak maaf kalau gitu .. hehehee :P
ReplyDeleteBetul kata HH.. mungkin itu la sebabnya blog kita bukan jadi pilihan ramai.. huhu
ReplyDeletelike dis entry... ;)
ReplyDeletehehehe patut la xramai org dtg blog ku :) like2 :)
ReplyDeleteaku banyak citer pasal kehidupan aku.... mungkin tu yang menyebabkan blog aku x ramai yang follow dan komen pun kurang sangat2. Terima kasih untuk peringatan ini.
ReplyDeletehmmm... bagus jugak info ni...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.