As-Salam.
Bagaimana nak menghargai followers blog anda? Anda tentu seronok bukan; punyai followers yang sehari demi sehari meningkat dan bertambah. Tanpa perlu anda pergi meminta-minta, dengan ungkapan "I Follow U, U Follow I Balik" ... followers anda bertambah dengan sendirinya. Mereka yang ikhlas ikuti blog anda ini sudah semestinya istimewa, dan mereka ini perlu dihargai.

Apabila blog anda telah punyai kekuatan tertentu, iaitu ada kadar trafik tinggi, atau pageranks (PR) yang tinggi, anda boleh membalas jasa pengikut blog anda dengan beberapa cara dan kaedah. Cara dan kaedah ini bukan sahaja dapat memberikan faedah dari segi peningkatan trafik ke blog followers, tetapi boleh juga meningkatkan kadar penarafan Alexa serta Pageranks (PR).


8 Cara Menghargai Followers Blog
  1. Buat giveaway dan kontest khas buat mereka yang follow blog anda.
  2. Promosikan blog-blog yang punyai followers kurang daripada blog anda.
  3. Promosikan blog-blog followers yang punyai pageviews atau kadar klik yang rendah.
  4. Buat segmen khas untuk membolehkan anda menyenaraikan mereka dan memberikan backlinks percuma kepada mereka.
  5. Perkenalkan mereka secara tak lansung menerusi entri-entri berkait.
  6. Buat kunjungan balas ke blog-blog mereka.
  7. Jadi followers kepada blog mereka atas semangat setiakawan.
  8. Masukkan blog-blog followers anda yang menarik dalam bloglist anda.

Inilah masa apabila anda menjadi yang memberi daripada yang menerima. Kata orang, memberi lebih baik dari menerima ... tak gitu?

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement