As-Salam.
Berfikirlah sebelum menulis entri anda. Berfikir bermaksud, anda perlu tahu apa yang mahu disampaikan, implikasi jika ditulis, mengapa, kenapa dan adakah perlu ianya dijadikan entri. Bukan semua cerita boleh ditulis sesuka hati. Jika tidak, kelak entri anda itu akan memakan diri anda sendiri.
Macam kata blogger Redmummy (RM), dalam salah satu vlog mengenai tips berblogging, perlu ada seseorang untuk dirujuk apabila ingin membuat entri, terutama entri yang boleh mendatangkan implikasi buruk. Contohnya, RM pernah buat satu entri ketidakpuas hatiannya terhadap sesuatu isu, RM merujuk suaminya, dan telah buat beberapa adjustment setelah draft pertama disiapkan. Ini adalah kerana kita tidak mahu entri kita itu akan dijadikan bahan oleh seseorang yang lain bagi menabur fitnah dan cerita tidak elok mengenainya.
Sebenarnya, perkara ini dah banyak berlaku dalam dunia blogging ni. HH siap pernah terjumpa beberapa blog yang menyerang blog lain dan blogger lain. Semuanya gara-gara posting yang bertitipkan dengan gambar yang kurang menyenangkan blogger lain.
Pernah juga jumpa satu blogger saling berpedang entri ..... balas membalas satu sama lain, walaupun ianya hanya satu perkara kecil yang berlaku dalam dunia realiti di antara mereka. Berlaku miscommunication dek kerana saling menulis tanpa fikir bahawa entri itu dibaca oleh orang asing.
Maka, fikirlah dahulu tentang apa yang ingin anda terbitkan dalam blog. Menulis boleh jadi mudah ... tetapi adakala kita perlu ambil lebih sedikit masa supaya kita tidak menulis sesuatu yang mengguriskan hati, membawa implikasi negatif dan paling perlu dielakkan menulis sesuatu yang boleh menjadi punca fitnah berleluasa.
salam...
ReplyDeletebenar sekali bro. hehe. Lama x datang sini. hehe
jom singgah dengar kuliah ustad azhar
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/01/ustaz-azhar-geng-tak-solat.html
Sebab tu tak berani tulis pasal orang sangat. kalau tulis pun sekadar isu biasa dan tak spesifikkan kat orang. Bukan apa, takut lah zaman sekarang ni. Berita kita baca pun belum tentu betul. nanti jadi alat penolong menyebar fitnah pulak. Baik cerita hal sendiri (bertapis) tak ada siapa nak kecik hati.
ReplyDeleteYa ... itu lebih mudah, itu sebab buat blog kisah-kisah seharian lebih baik daripada blog lain - jika ikut caranya.
DeleteBlog saya hanya cerita psl saya je so mustahil org lain nak terasa hati. Hahaha. -_-"
ReplyDeleteManusia... kadangkala ada hati busuk... even posting makan nasi lauk kicap pun leh jadi isu ... :)
Deletebetul tue HH. sebelum nak post sebarang entri memang kene fikir sehabisnya. kalau buat entri untuk tujuan yang negative akan menyusahkan diri sendiri je..
ReplyDeleteSukar untuk puaskan hati ramai, apa yang harus dilakukan adalah berfikir secara majmuk - bukan individu
Deletesetiap perkara kena beradab...
ReplyDeleteterlajak perahu boleh diundur, terlajak "POST" buruk padahnya
ReplyDeleteada masa singgah la tengok ni
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-penjenayah-terkemuka-malaysia.html
terima kasih dgn pandui2 ini sy akan lebih berhati2 semasa post entri .
ReplyDeletea'a la kn.. btl kata2 HH.. tersalah tulis habis la..
ReplyDeleteTu la Mak Usu lebih selesa tulis tentang diri sendiri kat blog..
Salah tulis pun terkena btg hidung sendiri...hahaha
Apepon lepas ni kna berfikir dulu sebelum na post entri..
smua yg nk dipublish tu, draf la dulu. nnt edit la mana2 yg patut sblm publish.. pastikan xde unsur2 yg x elok dlm tulisan tu sbb akan dtgkan kesan pd yg membacanya...
ReplyDeleteThanks for the tips. Peringatan utk diri saya jg.. Kena bayangkan diri kita as pembaca yg baca entri tu..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.