As-Salam.
Antara kaedah dan petua mudah untuk meningkatkan jumlah pengunjung unik atau baru adalah dengan adanya perkongsian sosial pada entri-entri dalam blog anda. Ada banyak widget dan gajet blog yang boleh digunakan untuk memudahkan perkongsian ini.
Malah, dalam blogspot sendiri sudah disediakan platform sendiri untuk memudahkan perkongsian ini. Ada 'link to this post', ada butang perkongsian sosial (social sharing) seperti blogger, facebook, twitter, orkut, linkedin dan macam-macam lagi.
Namun, ada juga blogger yang lebih suka meletakkan widget perkongsian sosial ini dengan sedikit pengubahsuaian atau customization. Contohnya, terapung di dalam blog, perletakkan di sisi dan sebagainya.
Persoalannya, di manakah kedudukan butang-butang social sharing yang berkesan? Bagaimana mahukan pengunjung serta pembaca sedia klik butang-butang perkongsian itu?
Antara kedudukan yang sesuai dan dikatakan berkesan adalah meletakkannya di atas setiap entri dan/atau selepas entri. Di atas entri kerana merasakan tajuk entri tersebut sudah cukup untuk pikat pembaca berkongsi akan isi kandungannya. Di bawah setiap entri, kerana selepas membaca .... dan dirasakan menarik, ia akan dikongsi. Paling bagus, ianya berada selepas tajuk entri atau sesudah tamat entri itu.
Kedudukannya perlulah mudah untuk pengunjung dan pembaca klik butang-butang tersebut. Ia perlu kelihatan pada setiap post dan entri anda.
Anda boleh mencuba menggunakan aplikasi AddThis sebagai satu cara untuk memberikan kelainan pada tatacara atau rekabentuk social sharing anda dalam blog.
terima kasih.. kalo letak kat sidebar cam blog saya, ok tak?
ReplyDeletejom mencuba
ReplyDelete@Muaz Faris Hmm tidak disenaraikan .... maka ia bukanlah lokasi terbaik.
ReplyDelete@Anum Jangan tak cuba ehh anum...
ReplyDeleteGud info, jom cuba!!!
ReplyDeletebro. soc sharing jenis macam mane yg paling bagus? yang kecik atau yang besar?
ReplyDeletebetul tu..tapi tu la..faktor entri pun kena amek kira jugak..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.