As-Salam.
Blog ini untuk dijual - mungkin bila tiba masa. Tapi .... adakah ia berbaloi untuk dibeli? Siapa nak beli? Ada sesetengah online marketer memang buat macam tu .... mereka buat blog, buat laman web sampai ada pengaruh, sampai ada ribuan pengikut dan pembaca, lalu mereka jual kepada mereka yang berminat.
Ini apa yang berlaku dalam dunia maya. Lumrah dah. Bila sesuatu laman sesawang itu boleh berikan pendapatan, sumber kewangan .... maka akan ada ramai yang ingin pantau dan lihat perkembangan.
Laman sesawang macam Ecirlce, Astalavista dan macam-macam lagi, semuanya dibeli oleh syarikat besar yang nampak akan keistimewaan laman-laman web ini. Dan blog boleh juga salah satu darinya, apabila kita telah ada nama sendiri dalam dunia blog (penjenamaan).
Jadi, kalau anda mahu sesuatu yang menarik dari blog, maka jadikan blog anda itu semenarik yang mungkin, yang boleh 'menjerat' ramai pengunjung ke blog anda. Bila dah ada jenama sendiri dalam dunia blog .... tak perlu lagi anda meraih simpati untuk orang singgah ke blog anda ... jenama anda akan melakukannya.
Apabila telah dikenali, bukan sahaja baru ..yang lama juga akan singgah dan mengukuhkan lagi blog anda dengan jenama anda itu. Bagaimana untuk menjenamakan blog anda, itu terserah pada apa yang paling anda tahu lakukan dan buat. Jadikan ia sumber penjenamaan anda.
Meh dan jom sama-sama menjenamakan blog kita ..... erkkk tengok ... dah ada blog nama cap ayam dah ...hehehehe
belum pernah terpikir sampai camtu skali la....sayang....
ReplyDeleteHmm... Tak pernah pulak t'pikir setinggi tu, buat masa sekarang buat blog sebab suka menulis & b'kongsi, tak ada urusan business yg serius...
ReplyDeletemungkin tak sesuai kot utk sy yg berblogger suka2 dan part time jer... =)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.