Malaysian Golden Arowana - Ikan Termahal di Dunia. Saya tnggal berdekatan dengan Bukit Merah, memang memberikan kelebihan buat saya dan keluarga menikmati Ikan Kelisa Emas Malaysia. Jika berkunjung di kedai-kedai akuarium di Parit Buntar, pasti akan ada ikan kelisa yang dijual. Malah, saya sendiri pernah memelihara ikan Kelisa sebelum ini - Silver Arowana dan Green Pearl Australian Arowana. Ikan Kelisa adalah merupakan ikan hiasan eksotik dan Kelisa Emas Malaysia merupakan ikan Kelisa paling mahal di dunia!

Pernah bela ikan Arowana tak? Cubalah sekali, sebab ia merupakan antara terapi terbaik untuk hilangkan stress, dan ia juga akan bantu diri anda untuk belajar bersabar. :)

Malaysian Golden Arowana Ikan Hiasan Termahal di Dunia

Malaysian Golden Arowana Ikan Hiasan Termahal di Dunia
Malaysian Golden Arowana Ikan Hiasan Termahal di Dunia
Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia.

Ciri-Ciri Ikan Kelisa Emas Malaysia

Ikan Kelisa Emas Malaysia atau Ikan Kelisa Emas Bukit Merah bertubuh agak memanjang dan kelihatan langsing. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah berwarna hijau tua - sedikit tetompok kekuningan, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal (sirip tunggal di bahagian bawah berhampiran ekor), sirip pelvik (sepasang sesirip di bahagian hadapan sektor anus - lazimnya pada bahagian ini warnanya sedikit memudar) serta sepasang sesirip pektoral (sirip paling hadapan di kedua-dua belah sisi tubuh) adalah berwarna oren-kemerahan.
Malaysian Golden Arowana Ikan Hiasan Termahal di Dunia

Sisik Kelisa Emas Kekuningan

Warna sisik ikan ini adalah kuning keemasan (Intensiti 18-24 karat) dengan kilauan kebiru-biruan/keungu-unguan jelas kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya sewaktu ia kecil - bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 atau ke-5, malah konfigurasi warna ini mampu meliputi secara keseluruhan sehingga ke bahagian aras jaluran sesisik ke-6 - sektor puncak (setelah berusia 5-6 tahun ke atas). Kedua-dua bebola matanya kelihatan sedikit kuning-kemerahan dan berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua-kekelabuan.
Malaysian Golden Arowana Ikan Hiasan Termahal di Dunia

Kelisa Emas di Bukit Merah, Kerian, Perak

Ikan ini masih lagi boleh didapati secara liar di Tasik Bukit Merah dan juga di hulu Sungai Kerian di mana airnya agak hitam dan kelam. Ia agak sensitif dengan perubahan suhu dan ph air, dan kerana itulah hanya Bukit Merah sahaja wujudnya spesies termahal di dunia ini.
Malaysian Golden Arowana Ikan Hiasan Termahal di Dunia
Kini, ia telah menjadi satu aktiviti komersil ... memelihara ikan arowana di dalam kolam. Di Semanggol sahaja terdapat lebih dari 100 pengusaha kolam ikan Kelisa dengan kebanyakkannya adalah ikan kelisa emas sebagai induk.

Sumber Info: Bony Tongue



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement