As-Salam.
Seronok bukan kalau apa yang kita lakukan bagi blog membuahkan hasil? Ya, memang kena berkorban banyak benda, terutama masa. Kalau tak ada masa, agak sukar sebenarnya nak menaikkan blog dalam jangkamasa yang singkat. Kalau ada masa, mungkin strategi yang tak berapa mujarab, tak juga boleh capai apa yang diinginkan.
Seperti contoh, HH cuba taip 'Blog Paling Popular' di enjin carian ... dan paparan muncul nombor satu ... adalah ... hmm .. ada hasil nampaknya usaha dan penat lelah.
Dalam penulisan entri, apa yang perlu kita faham ialah kualiti entri kita. Kualiti bukan bermakna kena tulis ikut bahasa surat, bukan tulis karangan SPM atau STPM ... tetapi kandungannya itu yang berkualiti - ada maksud, ada wacana yang disampaikan, ada isi yang boleh dimanfaatkan.
HH sedaya boleh cuba kongsikan apa yang telah dipraktikkan untuk dikongsi kepada semua. Terpulang pada diri anda untuk ambil kesempatan yang ada. Apa yang dikejar ... trafik mencanak? pengunjung beribu? followers yang ramai? pembaca yang jitu? Pilihan di tangan anda, dan HH telahpun berikan apa yang patut HH berikan .... semuanya ada kaedah dan cara, terpulang pada diri sendiri untuk target mana satu jadi pilihan untuk ukur kejayaan blog.
*p.s: Dan anda nampak tak ... ia hanya satu entri perkongsian biasa .... dan enjin carian iktiraf.
Bukan senang jadi blog paling popular nih, makah kalau kekalkan ranking tu bukan senang lagi, tapi bukan mustahil.. Heheh
BalasPadamhebat...salam kenalan..sya blog baru....kalau awak sudi...followlah sya.....
BalasPadamseo yg berjaya..tahniah..aku dah tenggelam dah seo ni...
BalasPadammasih merangkak lagi pasal SEO ni...hee~
BalasPadamhebat.. ;)
BalasPadamgempak. :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.