As-Salam.
Alhamdulillah, semakin ramai sekarang gadis dan wanita bersedia memakai tudung untuk menutup aurat mereka. Seperti kata hikmah, hidayah itu dicari dan bukan diberi tanpa dicari. Jadi, arakian sudah makin ramai, tentu sekali perkembangan fesyen tudung juga semakin berkembang mekar. Ada banyak fesyen, tetapi harus diingat ... adakala fesyen ini membelakangkan syariat. Jadi, awas ... jangan terjerat dengan fesyen dan menjadi mangsa kepadanya.

Bagi mereka yang sudah bertudung atau mencari cara pemakaian tudung yang sesuai, berikut ada beberapa tips dan panduan untuk anda ikuti. Sudah menjadi lumrah wanita untuk tampil cantik, mungkin panduan ini sesuai buat mereka yang bertudung.

Panduan Memilih Tudung Mengikut Raut Wajah

Muka Bujur

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Muka Berpetak

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Muka Panjang

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Muka Segi Tiga

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Muka Bulat

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


Sumber: Remaja

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehhe muke fira bulat, so kene pajai selendang lah ek hhehe (^-^) thanks for the info.

    BalasPadam
  2. eqha sendiri xtau bentuk muka eqha macam mana.. acane ?? hehe btw, thanks for ur info.. (:

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement