As-Salam.
Jangan sentap pula kepada yang membaca (blogger popular tak ada kot). Bukan apa, sekadar untuk betulkan minda yang mungkin dah tersilap pilih langkah. Ya, tak ada faedahnya puja blogger popular dan top. Apa yang sebenarnya anda sebagai seorang blogger adalah belajar untuk menaikkan blog anda daripada mereka ... itu yang sepatutnya anda lakukan.

Bukannya HH tak pernah buat perkara di atas .... ohh pernah ... biasalah, hingusan yang cuba meraih simpati blogger-blogger yang top dan dah ada nama sendiri dalam dunia blog. Memang dambakan perhatian mereka.... tapi .... dah popular, memang sukar sebenarnya untuk mendapat apa yang diinginkan dari mereka - perhatian itu.

Apa yang boleh kita buat ialah .... cuba lihat apa yang dipersembahkan dalam blog-blog popular ini. Apa yang menarik pembaca setiap hari singgah ... tentu ada sesuatu yang boleh kita belajar. Dari situ, boleh belajar cara terbaik untuk membolehkan blog kita berada seiring dengan mereka...bukan nak mencantas ... cuma sekadar berkongsi saham kebaikan yang mungkin ada.

HH percaya mereka juga setuju jika apa yang mereka sampaikan di dalam blog mereka diambil pengajaran dari menjunjung mereka sebagai blogger popular. Puja ... puja manusia .. adehh kat dunia ni je .... 

Belajar jadi yang terbaik kerana dalam agama dan budaya pun meminta kita jadi terbaik. Sebaik manusia adalah menjadi terbaik kepada manusia yang lain dan beri manfaat sebolehnya... insyaAllah.

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tidak semestinya juga dari penulisan atau apa yg di persembahan dalam blog tu buat mereka makin naik dan popular. ada juga blogger yang naik dan top d sebabkan rupa (terutamanya blogger pompuan), dan ada juga yang menjadi popular di sebabkan blog mereka pernah masuk majalah.

    bagi saya walaupun sehebat mana persembahan blogger tu di blognya, belum boleh menjamin untuk blogger itu untuk menjadi blogger yang terkenal/popular/top .. tp yang pastinya semua bermula dari bawah yer takk? .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk majalah leh popular ehh? hmmm ..... ye ke? HUhuhuuh.... memang perlu bermula dari bawah ... kalau bermula dari atas ... dah nak kemana pulak kan? :P

      Delete
  2. okeyh bro. aku setuju. lagipun ada je top blogger yang content blognya tiada apa-apa yg manfaat pun. makanya jadi top blogger tak semestinya boleh bagi manfaat pada orang lain. tp kalau boleh bg manfaat pada org lain, bagus lah :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.... tak semua orang akan ada pendapat sama macam kita. Jiwa masing-masing lain, ikut umur, ikut fahaman ... ikut latar.

      Delete
  3. setuju xpyh la nak puja sangat. cukup jdikan rujukan shja.

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Memang betul. Alhamdulillah, mungkin ego saya menyelamatkan saya dari puja blogger popular ni. Jujur tak kalau saya katakan, blogger popular ni jadi platform untuk tarik pengunjung blog.
    Selain tu, boleh jugak jadi tempat rujukan cara memajukan blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kaji kenapa mereka ni popular. ada yang cantik ... tu biasalah tapi takkan cantik je kan?

      Delete
  5. de gak blog popular yang asik mencarut dan meyumpah seranah je..pelik nape org suka baca..x elok utk minda..percayalah bila sik baca nanti jadi cam tu gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm ramainya pembaca muda tu, jiwa panas ... memang gitu.

      Delete
  6. tak perlulah sampai puja, cukup sekadar dijadikan pendorong dan pembakar semangat untuk kita berjaya seperti dia...

    ReplyDelete
  7. sy setuju dengan komen pertama di atas..
    dan pada sy..jadikan mereka panduan untuk mencapai apa yang diinginkan sudah cukup..:)

    ReplyDelete
  8. Tapi I like untuk blogger yang betul2 hebat saje!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement