Anda peminat sukan Golf? Uhh saya..... setakat pernah pijak padang golf je ... dan pernah la jugak pegang kayu golf ....main golf? Hmmm .... seingat-ingat dalam hidup ni, rasanya tak pernah lagi bermain golf. Tetapi, adik saya pernah la merasa jadi caddy golf ...dan bayaran yang diterima memang agak lumayan, berbaloi dengan keringat yang kena angkut set kayu golf yang serba berat tu.

Ok, saya nak kongsikan 5 padang golf terbaik di sekitar Kuala Lumpur. Padang atau sirkit golf ini memang dijaga rapi dan mempunyai bilangan keahlian yang agak ramai di samping sering menjadi tumpuan para peminat sukan ini.

Jika anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan meminati sukan ini, anda perlu tahu akan lokasi sirkit golf terbaik untuk anda buang peluh anda .....

5 Padang Golf Terbaik Sekitar Kuala Lumpur

Mines Resort and Golf Club

Padang Golf terbaik di Kuala Lumpur
Mines Resort and Golf Club
Padang golf ini merupakan sebuah padang golf yang dibina daripada bekas lombong timah terbuka yang terbesar di dunia. Di sinilah tempat kesukaan dan kegemaran mantan perdana menteri - Tun Mahathir sering meluangkan masa bermain golf. Ia juga merupakan lokasi sirkit golf termahal di Asia Tenggara iaitu CIMB Asia Pacific Classic. Sirkit ini direkabentuk oleh Robert Trent Jones Jr, yang berkeluasan 246 ekar. Ia mempunyai 72 par, dengan 18 lubang beserta pemandangan tasik seluas 150 ekar.

Yuran keahlian: RM330,000 setahun.

Kuala Lumpur Golf and Country Club

5 Padang Golf Terbaik di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Golf and Country Club
Lokasi padang golf ini adalah 8 km daripada pusat bandaraya Kuala Lumpur, terletak di antara kediaman elit di Damansara Heights dan Mont Kiara. Ia mempunyai 18 lubang, dengan 72 par. Ia pernah menjadi hos kepada Maybank Malaysian Open dan juga Sime Darby LPGA.
Yuran keahlian: RM250,000 setahun

Royal Selangor Golf Club

5 Padang Golf Terbaik di Kuala Lumpur
Royal Selangor Golf Club
Wujud sejak tahun 1893, padang golf ini merupakan tempat lahirnya ramai pemain golf Malaysia. Terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, padang golf ini memberikan panorama menarik di setiap 18 lubang yang ada di sini. Ia juga memiliki sirkit 9 lubang yang dibina selama beberapa tahun yang menyerlahkan identitinya.

Yuran keahlian: RM80,000 setahun

Saujana Golf and Country Club

Saujana Golf and Country Club
Merupakan bekas ladang kepala sawit, ia merupakan antara sirkit golf paling sukar sekitar Kuala Lumpur. Ia mempunyai 2 sirkit 18 lubang

Yuran keahlian: RM78,000

Kota Permai Golf and Country Club

Kota Permai Golf and Country Club
Wujud pada tahun 1998, menjadikan ia antara sirkit golf yang masih lagi baru di kalangan pemain golf serantau. Walaupun kedudukannya agak jauh dari bandar tetapi ia menjadi kegemaran para peminat golf kerana kemudahan yang disediakan diselenggara dengan baik di sini. Padang golf ini mempunyai 18 lubang, dengan 72 par.

Yuran keahlian: RM50,000 setahun

Sumber: Lifestyle Asia
 
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement