As-Salam.
Kadangkala ada blogger yang suka mencari jalan mudah untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke blog, tanpa mengira kualiti isi kandungan entri mereka. Dengan trafik tinggi ini, mereka mengumpan para pengiklan untuk beriklan di blog mereka. Dan ramai pula yang suka pasang iklan kat blog-blog macam ni.

Ada blog yang sekali pandang dah macam blog lucah la pulak, walaupun hakikatnya tidak. Yelah, entri sana sini berbaur lucah, bila tuan punya blog ping ke laman-laman agregator/laman ping, mereka gunakan gambar yang mengiurkan untuk tarikan trafik. Banyak yang suka buat gitu .... dan jujurnya HH pun pernah lakukan perkara yang sama..... 

Memang berkesan,tetapi secara moralnya ianya adalah tidak baik, dan seolah menipu. Tetapi, ada juga yang berpendapat ia sebenarnya adalah tarikan psikologi agar orang lain membaca blog tersebut, dan mungkin akan membaca ke entri2 lain yang lebih bermanfaat.

Walaupun begitu, HH tidak nafikan banyak blogger dan blog yang sudah berjaya mendapat trafik hebat, tanpa perlu usulkan entri yang berbaur lucah, yang ada kata kunci seperti gadis bogel, gadis lucah, video bogel dan sebagainya. Ada blogger yang telah berjaya tanpa perlu sensasikan tajuk. Bukan sedikit, bukan satu atau dua... tapi dah berpuluh dah.

Ok, terpulang pada diri sendiri untuk berjaya dalam dunia blogging ikut cara masing-masing,cuma perlu bertanggungjawab dengan apa yang disebarkan dalam dunia maya..... itu sahaja. 

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul. Saya sebolehnya elak nak gunakan unsur lucah untuk menarik pembaca. Sebab saya gunakan branding nama saya sendiri. Taknak orang ingat blog umarfaruq.com tu adalah blog lucah.. Malu beb! Haha..

    ReplyDelete
  2. femes dengan cara tak elok tak menjamin masa depan.. ekekeke berkatalah baik kalau kita nak orang pandang kita dgn baik.. kan :)

    ReplyDelete
  3. Yang terlampau lucah tu patut di kontrol oleh smua blogger.

    ReplyDelete
  4. nmpak sgt reader blog ni rmai ske yg berbaur lucah...mgkin ni pemikiran & bdya skang tp bknla pd semua org...^__^

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement