As-Salam.
Wah wah wah ..... jangan tak tahu, ada je jenis blogger yang macam ni. Mungkin kerana tidak termampu untuk bersaing secara sihat, maka ada blogger yang buat taktik kotor. Dan yang hampehnya, ada blogger yang sanggup menikam blogger lain dari belakang. Ada weihhh ...bukan tak ada.
Seharian, mereka ini akan sudi hadir ke blog, dan memberikan komen macam-macam dalam blog, selain meninggalkan link ke blog mereka. Tetapi, mereka ini tidak pula menampakkan identiti sebenar ..... berselindung di sebalik kata-kata penuh pujian yang manis di dalam setiap komen yang ditinggalkan.
Namun, sebaliknya mereka ini menulis entri yang menghentam dan memperlekehkan blogger tersebut di tempat lain, di blog di mana identiti mereka disembunyikan. Dengan perlahan, mereka mengutip segala informasi ... melihat dunia maya ke belakang dan menjadikan senjata untuk menjatuhkan blogger yang kononnya menjadi idolanya itu (bila beri komen di blog blogger tersebut).
Sayang sekali, sifat yang mahu bersaing telah menjadikan dia buta hati dan membuat cara kotor begitu. Insaf-insaflah wahai rakan ...jangan calitkan tahik kepada personaliti dunia maya anda.
hm, tulah, klau x ske x payahlah datang n baca kn....bnyk betul yg bermuka-muka...
ReplyDeletebila hati tidak ikhlas, niat dah jadi laen, itula akibatnya. sesama sendiri pun dengki. kagum dgn blog yg berinformasikan ilmu+islam. jujur. tak hipokrit.
ReplyDeletepergh.. bahaya juga cmtu ek... dasat2...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.