As-Salam.
Ini cara lama, trafik perlu power, dan kemudian barulah blog anda dikenali ramai. Ia merupakan satu fundamental buat mana-mana laman web, termasuklah blog. Apabila trafik meningkat, barulah orang lain, pengunjung baru perasan akan kehadiran blog anda.
Jadi, mungkin ada yang naik hairan, ada blog yang nampak macam popular sebab ada ramai followers, tetapi trafiknya (berdasarkan pageviews) tidaklah sehebat mana. Dan ada juga yang pelik, ada blog, yang followers di blognya alahai.... jauh dari sesetengah blog yang ada puluh ribu followers ... tapi pageviews dia ... perghh main juta2 seminggu!
Ini dinamakan sebagai asam rencah dunia blogger Malaysia. Ada yang bijak guna SEO, maka ... tak perlu ada ramai followers, mereka akan mudah diteroka dari laman enjin carian. Ada kala, orang akan klik dengan capaian carian yang ada, tapi belum tentu akan kekal di blog tersebut. Maka, dengan mudah dapat satu trafik hanya dengan guna kata kunci atau keyword yang menarik.
Ada pula blog, yang beriya mengumpul followers, sampaikan nak baca blog dia pun kena klik jadi followers dulu baru leh baca .... :P .... followers gini bagai dipaksa untuk setia dan jadi pembaca, maka alamatnya ... tiada mungkin trafik tinggi sebab mereka hanya singgah sekali sahaja.
Maka, dalam dunia blog ini .... segalanya tidak ikut aturan seperti sepatutnya ... tidak lagi macam dahulu. Mungkin kerana itulah tidak lama lagi pihak Google atau Blogspot akan memansuhkan Google Friends Connect - atau followers dalam blog .... :)
saya share yeaa
ReplyDeleteBEST JGK ENTRI NIH! thanks share (^__^)
ReplyDeleteYup..amacam saya..memang susah nak kekalkan trafik 10k sehari..bila masuk Sabtu dan Ahad lagilah susah nak tarik pembaca..
ReplyDeleteLAGI TIPS Di sini..tumpang share yer HH
ReplyDeleteEdisi Tips! Bagaimana Tajuk Artikel dan SEO Mempengaruhi Enjin Carian Google?
http://informations-the.blogspot.com/2012/03/edisi-tips-bagaimana-tajuk-artikel-dan.html
Oo, begitu.
ReplyDeleteSusah juga sebenarnya nak tarik trafik..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.