As-Salam.
Kadangkala, apabila kita terlalu sibuk dengan urusan harian, blog kita akan jadi bersawang kerana ketiadaan entri atau posting baru. Buat mereka yang mementingkan trafik buat blog mereka, tentulah mereka akan sedikit hampa apabila mengetahui bahawa trafik ke blog mereka jatuh mendadak dek kerana mereka tidak update entri.

Jadi, bagaimana nak memastikan blog sentiasa ada kunjungan walaupun tiada entri baru yang dapat anda terbitkan?

HH pernah tampilkan sebelum ini mengenai panduan menulis blog - 4 Tips Buat Entri Paling Best.

Dalam entri tu, HH tekankan bagaimana kena pilih keadaan yang sesuai untuk menulis entri baru di dalam blog. Jadi, kadangkala ....keadaan tersebut tak hadir, jadi blog kita pun ketandusan entri baru. Jadi, bagaimana nak jana trafik?

Statistik Histats HASRULHASSAN.COM

Tips Memastikan Blog Sentiasa Ada Pengunjung

Untuk pastikan blog kita sentiasa ada kunjungan, anda perlulah hasilkan entri yang malar segar atau evergreen, boleh dibaca sepanjang masa dan apa jua situasi. Dan cubalah buat entri yang punyai rangkaian pembaca dan pencari maklumat yang sentiasa ada.

Contoh 1: Senarai IPT di Malaysia - orang akan mencari maklumat dan info mengenainya, jadi buat entri mengenai senarai IPT, berikan info mengenai no telefon, website, atau cara nak memohon.

Contoh 2: Buat entri bergambar yang merujuk kepada tokoh, selebriti atau sesuatu peristiwa penting dalam sejarah. Anda pasti akan dapat pengunjung sebab ramai yang akan mencari info begini, dan buatlah tag pada gambar dan namakan gambar anda sesuai dengan tajuk entri anda. Misalnya; tajuk entri: Foto Neelofa Waktu Kecil, jadi letakkan gambar Neelofa waktu kecil dan namakan gambar itu, Neelofakecil.jpg

Contoh 3: Buat entri berbentuk listing seperti 10 Lelaki Handsome di Malaysia, atau 5 Wanita Paling Seksi di Gambia .....

Ok, rasanya cukup jelas bukan? Buatlah entri yang tidak terlalu khusus, tetapi umum namun punyai tajuk tertumpu. Anda perlu fikir apakah yang sering anda sendiri mahu tahu daripada internet, maka itulah entri anda yang perlu anda buat.

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tips yang berguna .. thanks .. =)


    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas tips yg diberikan

    ReplyDelete
  3. wah saya jarang buat entri rangkaian...tak pandai nak buat hihi... (^_^)

    ReplyDelete
  4. @Anastasyea Aida ehemmm segan lak dengan pemain SEO yang hebat macam awak ..:P

    ReplyDelete
  5. @misz_eyza Dulupun bro tak reti gak, tapi belajar ... lama2 belajar pandailah buat... :) bukan susah mana pun ... pernah gak HH ceritakan dalam blog ni.

    ReplyDelete
  6. Tips yang sangat berguna. Tips yang HH bagi ni boleh dikatakan salah satu permainan SEO yang sangat-sangat menjana trafik. Sebab trafik dari search engine memang tak akan habis sampai bila-bila. Dan kalau terkena keyword panas macam SPM aritu memang beribu masuk dalam satu hari. Hehe.

    Sekian,
    www.umarfaruq.com

    ReplyDelete
  7. tips yg bagus tuan hasrul. tapi saya buat entry syok sendiri. hehe..alhamdulillah trafik maintain seadanya...

    ReplyDelete
  8. @eqbalzack Tuan penuh gaya ... tu sbb dapat Blogger Lifestyle terbaekkk ... :)

    ReplyDelete
  9. @Umar Faruq Sedikit sebanyak kena tahu juga mengenai SEO nih

    ReplyDelete
  10. tips tentang gambar tu baru saya tahu hari ni...selama ni main pakai letak nombor aje..huhuhu... thanks2~

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...HH,

    Perkongsian yang menarik...

    mselim3

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement