As-Salam.
Untuk menjadi seorang blogger yang dihormati dan disegani, pertama sekali anda perlulah menyakinkan pembaca blog anda bahawa anda merupakan seorang blogger yang punyai kreadibiliti ... iaitu boleh dipercayai, jujur dengan setiap entri dan paling bagus, kekal dan tetap dengan pendirian untuk terus memantapkan blog.

Ada sesetengah blogger yang cuba mencari langkah pantas .... yang ingin naik terlalu cepat dalam dunia blog Malaysia sehingga menghakis segala kebaikan yang boleh diterapkan menerusi blog. Jika teruskan begini, cepat naik cepatlah jatuh. Ibarat kita berlari laju, kalau tersadong akan jatuh berdebuk sampai berdarah lutut, pecah kepala. Andai kita melangkah dengan berhati-hati, perlahan tanpa ikut nafus, andai tersadong pun, sempat lagi untuk berpaut.

Aha ...macam kita dok bawak kereta di lebuhraya, jika terlalu ikut perasan ... tak ikut undang-undang dan peraturan ...pasti nanti hujung bulan, mengira gaji hanya untuk membayar saman dan kompaun sahaja.

Contoh seorang blogger yang telah berjaya membina kreadibiliti dalam dunia blogger adalah Eqbalzack. Sesuatu yang HH sendiri turut merasa bangga. Lihat sahaja paparan di dalam blognya, kejayaan demi kejayaan dicapai ... tapi bukan dengan kadar mee segera tetapi selama 6 tahun dalam dunia blog!

Ada sesuatu yang patut kita semua belajar - membina kreadibiliti dalam dunia blog.

*p.s: Eq telah beberapa kali dimunculkan dalam akhbar dan majalah, menjadi yang terbaik antara terbaik kerana dianugerah blog terbaik. Hebat bukan?

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup abg EQ mmg antara blogger terhebat...bukan saja hebat berblog tp jugak hebat dari segi akademik.

    ReplyDelete
  2. hakikatnya blogger yang ada rupa (cantik+hensem), penulisan yang sempoi lagi ramai peminat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement