Anak HH - Zikri - Susah nak tidur siang. Foto: HASRULPhoto
As-Salam.
Bila tiba hujung minggu atau cuti umum, perkara yang ramai dan sering dilakukan adalah tidur siang. Yelah, waktu bekerja ada yang tersengguk-sengguk di tempat kerja, menguap ...uh berpuluh kali, lagi-lagi kalau dalam bulan puasa. Jadi, kerana itulah ramai ambil kesempatan untuk lakukan aktiviti ini di hari pelepasan umum dan cuti hujung minggu.

Persoalannya, adakah tidur siang baik untuk kesihatan kita? Menurut satu kajian saintifik, tidur sekejap (napping) di siang hari boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada diri. Antaranya ialah meningkatkan tenaga serta daya fokus seseorang. Ia juga dikatakan dapat menambah produktiviti. Tetapi, seperti dalam masyarakat kita, selalunya ramai akan melihat seseorang yang suka tidur siang ini adalah seorang yang pemalas.

Hmmm .... pernah kan, kalau kita tidur sekejap contohnya apabila memandu, kita mengantuk dan kita ambil masa untuk berhenti dan lelap .... kita akan terasa segar bugar apabila terjaga, walaupun ia hanyalah tidur yang cukup minima. Tidur dalam kelas - buat pelajar, kalau dah ngantuk sangat, kita akan lelapkan mata kita di atas meja ... bila terjaga, kita akan terasa lebih fokus dengan apa yang kita belajar .... pernah tak rasa gitu? 


Satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun terhadap negara industri dan pasca industri mendapati 92.5 peratus yang ambil peluang tidur waktu tengahari (napping) akan mempunyai daya kreativiti dan tumpuan lebih tinggi. Kajian ini telah dilaporkan dalam Napping News: Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity.

Dr. James Mass, pakar tidur dari Universiti Cornell berkata berdasarkan penyelidikannya, tidur yang mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan cukup selama 15-20 minit di waktu siang. Donald Greeley pula dalam penelitiannya dapati tidur siang bawa manfaat besar asalkan ia tidak lebih dari 1 jam!

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu ...
    untuk dapatkan semula energi dan kembalikan fokus dalam belajar, memang kadang2 kita perlu tidur sekejap. Tapi kalau tidur dah terlampau lama, jadi lain pula..

    satu lagi...
    orang tua2 kata, kalau kita tidur lepas subuh katanya rezeki susah nak masuk. kalau difikirkan ikut logik akal, ada betulnya. sebab waktu subuh waktu yang paling sesuai untuk kita memulakan kerja berbekalkan tidur dan rehat yang cukup pada malam hari.. kebiasaannya para tahfiz, mereka gunakan waktu subuh untuk menghafal alquran kerana otak masih fresh dan senang mengingat ditambah pula dengan suasana yg tenang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement